Pakar Risau Kemungkinan Empangan Di Myanmar Pecah Selepas Gempa Bumi

Tambah ke Sumber Pilihan
Pakar Risau Kemungkinan Empangan Di Myanmar Pecah Selepas Gempa Bumi

Gempa bumi kuat yang melanda Myanmar pada Jumaat lalu bukan sahaja menyebabkan kemusnahan besar, tetapi turut menimbulkan kebimbangan serius terhadap kestabilan empangan di Sungai Irrawaddy.

Memetik laporan Astro Awani, Palang Merah Myanmar melaporkan kerosakan teruk di wilayah terjejas, dengan Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut mengenai situasi di lapangan.


Screenshot 2025 03 29 At 11.38.27 Am

Dengan magnitud gempa bumi dicatatkan pada 7.7 dan 6.4 berhampiran bandar Sagaing, struktur empangan di kawasan tersebut mungkin mengalami tekanan luar biasa. Sebarang kerosakan besar boleh mengakibatkan bencana lebih dahsyat, termasuk risiko banjir besar yang mampu menjejaskan jutaan penduduk.

Kawasan sekitar Sungai Irrawaddy menempatkan kira-kira 18.5 juta orang, ramai antaranya sudah kehilangan tempat tinggal akibat konflik berterusan sejak rampasan kuasa tentera pada 2021. Menurut data dari Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), hampir separuh daripada 3.5 juta pelarian di Myanmar berada di wilayah yang kini terancam akibat gempa bumi ini.

Screenshot 2025 03 30 At 12.47.18 Pm

Sekiranya empangan gagal bertahan, kesannya boleh menjadi malapetaka besar, bukan sahaja menyebabkan kehilangan nyawa tetapi juga memusnahkan infrastruktur serta menjejaskan sumber air utama negara. Pihak berkuasa kini giat menilai tahap kerosakan, sementara pasukan penyelamat bersiap sedia menghadapi kemungkinan senario terburuk.

Baca: Gempa Bumi Myanmar: Malaysia Akan Hantar Pasukan Untuk Misi Bantuan Kemanusiaan

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Fahmy Rosli
Lagi tulisan Fahmy
Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Pakar Risau Kemungkinan Empangan Di Myanmar Pecah Selepas Gempa Bumi
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/pakar-risau-kemungkinan-empangan-di-myanmar-pecah-selepas-gempa-bumi/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM