in

Pakar Perubatan Tuduh China Sembunyi Fakta Sebenar COVID-19

Untitled Collage 6 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelbagai spekulasi diperkatakan sejak wabak bernama COVID-19 ini muncul dan menghantui manusia seluruh dunia. Namun, tiada satu pun daripadanya dapat kita pastikan sama ada benar ataupun tidak.

Apa pun, semua tuduhan dan kecaman dituding kepada China — kerana penyakit itu mula dikesan di wilayah Wuhan sebelum ia merebak secara meluas. Tentu ramai yang masih ingat tentang kisah Dr Li Wenliang — beliau merupakan antara pakar perubatan terawal yang mengeluarkan amaran mengenai kemunculan wabak ini.


Namun pemerintah China tidak mengendahkan amaran beliau, dan Dr Li dituduh menyebarkan berita palsu.

Kini muncul pula seorang lagi saintis lain, yang mendakwa China sengaja menyembunyikan fakta sebenar mengenai penyakit tersebut.

Dalam laporan eksklusif Fox News, Dr Li-Meng Yan yang merupakan pakar virologi dan imunologi terpaksa melarikan diri ke Amerika Syarikat terlebih dahulu — untuk mendedahkan perkara tersebut.

Dedah beliau, kerajaan China sebenarnya tahu mengenai ancaman wabak itu. Malah beberapa rakan sekerjanya juga turut dikatakan tidak menghiraukan laporan kajian yang dibuat olehnya ketika awal penularan COVID-19.

Sekiranya laporan kajian itu tidak disekat dan diteliti oleh mereka, ia berkemungkinan dapat menyelamatkan ribuan nyawa manusia.

Bukan setakat itu saja, beliau turut disekat daripada memberi amaran mengenai transmisi wabak itu dari manusia ke manusia. Justeru disebabkan itu, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan China dan mendedahkan perkara sebenar di Amerika Syarikat.

 

Baca: Doktor Beri Amaran Awal Pasal Corona Virus Tapi Dituduh Buat Kenyataan Palsu, Akhirnya Diangkat Sebagai Hero!

Capture 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.