in

Doktor Beri Amaran Awal Pasal Corona Virus Tapi Dituduh Buat Kenyataan Palsu, Akhirnya Diangkat Sebagai Hero!

Featured 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya ramai dah tau yang awal Januari lalu, pihak berkuasa di China dilaporkan cuba untuk menyembunyikan berita mengenai wabak corona virus yang baru.


Malah rupa-rupanya ada seorang doktor pakar cuba mendedahkan mengenai penemuan wabak tersebut tetapi dihalang oleh pihak berkuasa di sana, lapor Malaysia Kini.

Ini kisahnya…

Cerita ini mengenai, Li Wenliang seorang doktor pakar oftalmologi (pakar mata) di Hospital Pusat Wuhan.

Doctor Li Wenliang Coronavirus Outbreak 700X420 1
Sumber: the epoch times

Kisah ini bermula pada Disember, Dr Li mendapati tujuh kes virus mirip Sars ketika sedang bekerja di hospitalnya.Pesakit-pesakit pada ketika itu dikuarantinkan di hospital.

Pada peringkat awal ia dipercayai berpunca dari Pasar Makanan Laut Huanan di Wuhan.

 

Bagi warning kat rakan doktor, tapi tak sangka dituduh sebar kenyataan palsu

Tanggal 30 Disember dia telah menghantar pesanan kepada rakan sekerjanya dalam satu aplikasi perbualan, memberi amaran mengenai wabak baharu itu, malah sempat menasihati rakan-rakannya untuk mengenakan pakaian perlindungan bagi mengelakkan jangkitan.

Namun pada ketika itu mereka belum mengenalpasti yang ia sebenarnya wabak koronavirus.

1 4
Sumber: businessinsider

Bagaimanapun tanpa disangka-sangka, empat hari kemudian dia didatangi pegawai dari Biro Keselamatan Awam yang meminta dia untuk menandatangani surat.

Dalam surat tersebut jelas menyatakan bahawa Dr Li dituduh membuat kenyataan palsu yang ‘mengganggu keamanan sosial” dengan teruk.

Kami memberi kamu amaran: Jika kamu tetap berdegil dengan kebiadapan ini, dan meneruskan aktiviti yang melanggar undang-undang ini, kamu akan dibawa ke muka pengadilan- faham?”

Dr Li merupakan seorang dari lapan individu yang disiasat polis kerana didakwa ‘menyebarkan khabar angin’.

Namun, segalanya mula terdedah, keadaan di Wuhan semakin hari semakin memburuk dengan kes yang menunjukkan trend peningkatan dari semasa ke semasa.

200129031755 05 Wuhan China Medical System Large 169
Sumber: cnn

Akhir Januari, Dr Li muatnaik salinan surat tersebut di Weibo, menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku sebelum pihak berkuasa tempatan memohon maaf kepadanya.

Namun segalanya sudah terlambat.

 

Positif 2019-nCoV lepas rawat pesakit glaukoma

Tidak lama selepas itu Dr Li merawat seorang wanita yang menghidap glaukoma, namun apa yang tidak diketahuinya ialah wanita itu sebenarnya telah dijangkiti coronavirus.

10 Januari, Dr Li mula batuk-batuk sehari kemudian menghidap demam sebelum dua hari selepas itu dia dimasukkan ke hospital.

200203152718 Wuhan Coronavirus Doctor Bed Exlarge 169
Sumber: cnn
Gpn3U5Chgqi6Venlzzbzvjohye
Sumber: washington post

Malah ibu bapannya juga turut dimasukkan ke hospital.

Bayangkan, pada 20 Januari baru China isytiharkan wabak coronavirus sebagai kecemasan! Iaitu selepas lebih sebulan ia tersebar di sana.

 

Baca : Kerajaan MALAYSIA akan sumbang 18 juta sarung tangan untuk Wuhan- Teresa Kok

Glove

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.