in

Pakai Apps Truecaller? Hati-hati Kerana Aplikasi Ni Kantoi Jual Data Pengguna Kepada Darkweb!

Truecaller

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Untuk mengelakkan kita terangkat panggilan daripada scammer atau mereka yang tak dikenali, selalunya kita akan download aplikasi identiti pemanggil atau caller identity app untuk kenalpasti pemilik nombor pemanggil.


Antara aplikasi paling femes yang kebanyakan orang gunakan ialah Truecaller yang bakal memaparkan ID pemanggil serta spam dan block panggilan dari scammer atau telemarketer.

0D93A310 4E00 11E8 Bd65 8F9614Bffbbb
sumber: ht

Tapi baru-baru ni, min agak terkejut apabila ada yang memaklumkan di Twitter bahawa apps Truecaller kantoi menjual data pengguna kepada darkweb! Whaaat???

True
sumber: twitter

 

Truecaller jual data termasuk nama, nombor telefon dan alamat emel pengguna seluruh dunia?

Setelah admin membuat sedikit ‘research’, menurut Gatgets Now, data pengguna dari Truecaller termasuklah nama, nombor telefon dan alamat emel pengguna satu dunia kini available on sale di sebuah plaform ‘private’ di internet, dedah seorang penganalisis cybersecurity.

Data pengguna di India yang sebanyak 60-70% iaitu antara pengguna terbanyak Truecaller dari seluruh dunia telah dijual sebanyak 2,000 pound bersamaan RM10,661 kepada darkweb. Bagi data global pulak nilainya sebanyak 25,000 pound iaitu bersamaan RM133,264. Oh my goddd!

Giphy

 

Truecaller ‘nafi’ wujud pencerobohan data, ada pengguna salah guna aplikasi 

Berikutan isu ini, Truecaller walau bagaimanapun menafikan yang mereka ada terlibat dalam sebarang pencerobohan data pengguna.

Menurut Truecaller, kemungkinan besar ada ‘pengguna’ copy data pengguna lain secara tidak sah. Dengan ini mereka juga menegaskan bahawa tidak ada informasi sensitif pengguna yang telah diambil terutamanya berkaitan detail pembayaran atau kewangan.

Amazing Truecaller Features
gambar hiasan

Walau bagaimanapun, Truecaller masih menyiasat bagaimana kes ini berlaku. Diharapkan tak adalah data breach yang seperti dilaporkan berlaku tu. Ngeri gak min kalau nombor telefon dapat kat darkweb.

Kalau tak nak pakai apps Truecaller, ada banyak option lagi macam Who’scall dan lain-lain tau. So don’t worry ye korang! 

Baca: Aplikasi Ni Boleh Jadi ‘Penyelamat’ Kalau Dalam Bahaya

Polis 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.