Sekarang ni bahaya ada kat mana-mana dan boleh berlaku tak kiralah korang lelaki ataupun perempuan. Tapi ada cara untuk membantu sekiranya korang berdepan dengan situasi bahaya.
Seperti yang dikongsikan oleh Nadila Fasiha di Twitter, aplikasi ini boleh dijadikan penyelamat kalau dalam bahaya. Kata Nadila, seorang pemandu Grab yang recommend aplikasi ni kepadanya.
Aplikasi SaveME 999 POLIS boleh korang download dan direka khas untuk rakyat Malaysia bagi menghantar emergency requests kepada Polis Diraja Malaysia. Aplikasi ni boleh digunakan contohnya apabila dalam situasi di mana rumah sedang dirompak.
Cara menggunakan aplikasi ni pun mudah, asalkan korang make sure yang GPS pada handphone sentiasa pasang tak kisah sama ada di luar rumah atau pun di dalam rumah. Ni langkah-langkah nak guna app:
1. Muat turun SaveME 999 POLIS dari Google Play atau App Store
Aplikasi ni available untuk dimuat turun oleh pengguna android dan iPhone. Pilih SaveME 999 POLIS yang macam dalam gambar sebab yang lain-lain tu untuk special need people.
2. Isi maklumat peribadi
Sebagai permulaan, maklumat peribadi perlu diisi seperti nama penuh, alamat dan nombor telefon bagi memudahkan urusan polis di saat kecemasan.
3.. Klik “Click Here” jika berlaku kecemasan
Sekiranya berlaku kecemasan, korang just tekan “Click Here” dan tak perlu dail 999 dah. Aplikasi ni akan alert pihak polis dan mereka akan tahu kedudukan korang. Sebab tu kena make sure GPS sentiasa on.
Di ruangan komen, ada seorang pengguna Twitter yang memberitahu aplikasi lain juga boleh digunakan iaitu Volunteer Smartphone Patrol (VSP) dengan fungsi yang sama cuma SaveMe 999 POLIS merupakan aplikasi di bawah Telekom Malaysia Berhad manakala VSP di bawah Kementerian Malaysia.
Semoga maklumat ni bermanfaat untuk semua.
Okay, jom download sekarang!
Baca: Orang JB Kini Boleh Tempah Teksi Melalui Aplikasi Baru, TeksiCoop!