in

“Pagi kelas online, tengah hari COD nasi, petang buat part time kat restoran…CGPA 3.91!”- Ini Kisah Inspirasi ‘Budak PPR’

Fi Student

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Musim-musim PKP ni, memang dah menjadi lumrah untuk kita biasakan diri dengan bekerja dari rumah. Ini adalah salah satu cara yang ditetapkan untuk membendung penularan Covid-19.


Boleh dikatakan antara yang terkesan adalah pelajar sendiri, tak kesah la sekolah ataupun IPT semua terpaksa belajar secara online. Banyak yang mengeluh kerana dikatakan agak susah untuk faham mata pelajaran yang diajar.

Namun ada juga yang melihat situasi ini sebagai satu ‘peluang’.

Bukan penghalang untuk dapat keputusan cemerlang

Walaupun berdepan cabaran untuk membahagikan waktu bekerja dan belajar, tetap tak menghalang pemuda ini peroleh keputusan cemerlang dengan CGPA 3.91 dan mendapat Anugerah Dekan dalam peperiksaan semester 1 di universiti.

Memang power weyhhh!

Dikenali sebagai Muhammad Afig Iskandar Adzel, berusia 21 tahun, dia merupakan pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan di Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang, Selangor.

@afiggg

Hope tak masuk Fyp , aku malu #upm #deanlist #result #student #foryourpage #fyp #tiktokmalaysia #alhamdulillah

♬ Seribu Tahun – Afiq Adnan

Kerja untuk dapat duit sampingan

Ketika sedang sibuk belajar, pemuda ini juga juga bekerja di sebuah rangkaian restoran di Petaling Jaya, Selangor untuk mencari sumber pendapatan sendiri.

“Keluarga saya bukan orang yang senang. Ayah pemandu lori dan mak pula kerja di kedai makan. Kami tinggal di flat PPR (Projek Perumahan Rakyat).

“Jadi saya kena bekerja kerana mahu berdikari untuk meringankan beban mak ayah. Saya tak mahu menyusahkan mereka,” katanya.

Dia mula bekerja di restoran itu secara separuh masa ketika nak mulakan pengajian di UPM pada Oktober 2020

“Bila buat part time, jadual kerja saya lebih fleksibel. Syukur penyelia di tempat kerja amat memahami status saya sebagai pelajar,” ujarnya.

Student 2

 

Buat COD

Tak terhenti setakat itu, pemuda yang berasal dari Lembah Subang ini merupakan anak sulung dari dua beradik. Pada waktu senggang pula, dia menolong ibu membuat pendapatan sampingan dengan COD makanan dari rumah sejak PKP dari awal tahun ni.

Student 3

“Mak bekerja di kedai makan turut terkesan waktu PKP, jadi mak cari duit lebih dengan menjual nasi ayam atau nasi berlauk dari rumah, dan saya membantu membuat penghantaran secara COD kepada pelanggan.

“Penghantaran dibuat untuk waktu makan tengahari. Jadi, sempatlah saya untuk COD sebab kelas online di sebelah pagi dan waktu kerja pukul 1 hingga 4 petang,”

Selain itu, Afig juga ada buat bisnes kecilan menjual choco jar. Dia juga memberitahu ada juga kelas yang mula jam 4 petang, dan itu yang buatkan dia ada masa yang singkat antara waktu belajar dan bekerja.

Student 6

“Disebabkan tak sempat untuk balik ke rumah, saya dibenarkan untuk mengikuti kelas online di tempat kerja. Tapi saya ingin tegaskan saya melakukannya selepas waktu bekerja, di ruang staf dan bukannya tempat pelanggan menikmati makanan, serta tidak pakai pakaian seragam kerja.

“Saya juga gunakan earphone ketika kelas, jadi tak mengganggu pelanggan mahupun pekerja restoran,” katanya.

Dia juga akan kerja lebih masa sampai malam kalau tiada kelas dan pada hujung minggu.

Dapat Anugerah Dekan

Namun apa yang memeranjatkan pemuda ini apabila di memperoleh Anugerah Dekan dengan CGPA 3.91 pada peperiksaan semester pertama.

Jika difikirkan kembali, mana mungkin dia memperoleh keputusan sedemikian dengan jadual padat bekerja, belajar, tolong ibu COD makanan dan urusan lain.

Student 5

“Kadang-kala rasa stres juga sebab penat. Tapi saya sedar yang saya bukan orang senang, jadi kena cari duit dengan bekerja dan belajar bersungguh-sungguh,

“Syukur keputusan Dekan ni menggembirakan mak ayah dan memberi cabaran kepada saya untuk lebih fokus bagi mengekalkan prestasi cemerlang bagi semester akan datang” katanya yang juga memasang impian untuk jadi pegawai tadbir dan diplomatik atau pegawai polis.

 

Memang layak dijadikan inspirasi untuk kita supaya jangan mudah mengalah dan sentiasa berusaha untuk dapatkan yang terbaik..

 

Baca : Viral Kisah Pemuda Hilang Ketika COD Iphone! Rupanya Diculik Pembeli Yang Menyamar Sebagai Polis

Foot Student

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.