in

“Padan muka! Dasar sondolan” – Bahana Kahwin Suami Orang, Wanita Rasa Tertipu Lepas Suami Hidapi Strok & Harta Habis Disapu Madu

Suami Kena Strok

Mana ada perkahwinan yang tak ada masalah kan? Tambahan pulak kalau suami korang mengamalkan poligami. Kena pandai-pandailah antara madu menahan sabar dan jalankan tanggungjawab masing-masing.

Tapi bak kata orang, kalau seseorang tu membuat bahagia di atas kesedihan orang lain… pastinya banyak dugaan yang dia kena lalui. Baru-baru ni, seorang wanita berkongsi kisah ‘malang’nya di Facebook apabila si suami yang baru dikahwini tiba-tiba jatuh sakit akibat strok. 

 

“Bini tua dia dah lepas tangan… dia tu orang kaya, boleh je dia nak upah nurse jaga suami dia tapi…” 

Menurut wanita tersebut, dia yang berusia 28 tahun ini baru saja bernikah dengan seorang lelaki berusia 55 tahun. Pun begitu, belum puas mereka memadu cinta, tiba-tiba si suami pulak jatuh sakit akibat strok.

Ingat isteri tua boleh tolong-tolong lah jaga suami dorang, rupanya madu wanita ni terus lepas tangan dan rampas semua harta yang dimiliki suami. Ops! 

D4Z14Uyuyaa2Vjf
sumber: facebook

 

“Serius saya rasa macam kena tipu… sebelum kawin suami cakap dia ada kereta, ada rumah besar. Dah kawin saya dapat…” 

D4Z15Qnu4Aaj9Rs
sumber: facebook

 

“Saya rasa betul-betul dianiaya oleh bini tua dan anak-anaknya” 

D4Z15Tauuaewmct
sumber: facebook

 

“Sebab ko ada lah bini tua malas nak amik port. Cer kalau ko tak wujud, dah sah-sah bini tua jaga dengan penuh kasih sayang” 

Disebabkan luahan berani mati wanita ni, dia telah mendapat pelbagai komen kecaman dan tak kurang juga yang mintak dia husnuzon dengan dugaan yang diberi Allah.

Menurut netizen, wanita ini masih muda lagi dan sepatutnya dia ada lebih banyak daya serta tenaga untuk menjaga suami yang sakit. Jadi eloklah dia yang jaga suami tu dari berharap dengan isteri pertama. Tu lah consequences nya kalau kahwin dengan ‘suami orang’. 

Fb Ppp
sumber: facebook

Bak kata orang, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Kalau dah berani nak berkahwin dengan suami lebih berusia dan jadi isteri kedua pulak tu… kenalah terima hakikat dan akibatnya.

Baca: “Kau tu kotor, jijik, cacat” – Suami Curang Lepas Muka Isteri Hancur Akibat Kemalangan Motosikal

Jaat