Sepanjang musim PKP ni banyak sekatan jalan raya dan rondaan telah di buat oleh anggota polis, demi menjaga keselamatan rakyat Malaysia daripada jangkitan.
Namun masih ada segelintir rakyat yang keras kepala, masih berkeliaran di luar.
Hal yang sama terjadi ketika polis membuat rondaan di sekitar Sungai Buaya, Dungun semalam, malah lebih menyakitkan hati lagi apabila 2 remaja lingkungan umur 21 tahun megejek dan ‘melambai-lambai’ anggota polis ketika bertugas, lapor Harian Metro.
Dlaporkan ketika rondaan polis dilaksanakan, dua pemuda tersebut yang menaiki motosikal tanpa topi keledar sedang memecut laju.
Ketika polis menghampiri dan mengarahkan agar mereka supaya berhenti, pemuda tersebut sebaliknya bertindak menghimpit kereta polis sehingga tercalar.
Suspek yang membonceng motosikal mempersendakan anggota dengan melambai-lambai tangan supaya anggota poIis terus mengejar mereka,” – Ketua PoIis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah
Dua pemuda yang tidak bermoral itu ditahan pada pukul 2:30 pagi tadi dan alasan yang mereka beri adalah baru pulang dari menangkap ikan.
Lebih mengejutkan, salah seorang dari mereka mempunyai rekod jenayah lampau.
Kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam serta melanggar Peraturan 3(4) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan) 2020.
Tak ada masalah, pergi cari masalah.