“Perjalanan gue dari rumah gue susah banget” – Nia Ramadhani Dedah Hidup Susah Masa Kecil, Pergi Sekolah Naik Van Tambang

Tambah ke Sumber Pilihan
“Perjalanan gue dari rumah gue susah banget” – Nia Ramadhani Dedah Hidup Susah Masa Kecil, Pergi Sekolah Naik Van Tambang

Sebut saja nama Nia Ramadhani pasti korang teringat akan lakonannya dalam sinetron Bawang Putih Bawang Merah. Seperti yang ramai tahu, kehidupan Nia dan keluarganya di Indonesia itu sangat mewah dan boleh dikatakan bergelumang dengan harta serta kekayaan.

Selain dikenali sebagai aktres yang cantik, Nia juga terkenal dengan fakta menarik mengenai dirinya yang menjadi bahan ketawa netizen ramai. Pun begitu, baru-baru ini Nia mendedahkan yang dia mempunyai zaman kecil yang susah.


Nia 2Sumber: Instagram

Menurut Kapan Lagi, Nia memberitahu yang dia terpaksa menaiki ‘angkot’ atau van tambang berkali-kali untuk pergi ke sekolah. 

Kisah tersebut didedahkan Nia dalam program Nyonya Boss yang ditayangkan pada 15 November lepas.

“Ibu saya sudah malas hantar (ke sekolah), akhirnya naik van tambang. Kamu tahu tak perjalanan dari rumah saya untuk pergi menimba ilmu itu sangat susah? 

“Dari rumah saya harus berjalan kaki untuk naik van sampai ke Pondok Labu, kemudian tukar lagi ke van warna putih ke Stadion Lebak Bulus. Di situ ada bas mini dan terus sampai ke Pondok Indah,” ceritanya.

Oplet Di PekanbaruSumber: Wikipedia
Inilah angkot yang diceritakan Nia

Nia juga sempat berpesan, dia berharap mereka yang mengalami hal yang sama sepertinya dulu itu terus bersabar kerana menurutnya ‘roda pasti akan berputar’.

Nia 3

Buat kalian teman-teman yang sekarang merasai apa yang pernah saya rasa, tenang dan santai saja. Kita takkan selalu di situ.

“Ya bergantung, kita mungkin akan di situ saja kalau kamu tidak berbuat apa-apa. Tapi maksudnya di sini, kita terus jalani kehidupan. Yang penting kamu tahu apa yang kamu mahu dan kamu terus berusaha,” katanya lagi.

Hmm dengar tu nasihat Nia. Jangan pernah berhenti berusaha untuk mengecapi kejayaan. 

Baca: “Lengkap dgn kolam renang, ruang karaoke” – Demi Keselesaan Anjing Peliharaan, Nia Ramadhani Sewa Banglo 3 Tingkat RM21,333 Sebulan!

Nia 1

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaida Ismail
Lagi tulisan Syaida
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Perjalanan gue dari rumah gue susah banget” – Nia Ramadhani Dedah Hidup Susah Masa Kecil, Pergi Sekolah Naik Van Tambang
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/perjalanan-gue-dari-rumah-gue-susah-banget-nia-ramadhani-dedah-hidup-susah-masa-kecil-pergi-sekolah-naik-van-tambang/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM