in

“Owner sebelum ni bagi je” – Pasangan Tertekan Dapat Jiran Muka Tembok, Selalu Minta Nak Mandi ‘Pool’

Kolam Renang Jiran

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang pernah tak berdepan dengan orang yang jenis tak tahu malu?


Sepasang suami isteri ini juga mempunyai pengalaman sama dimana jiran-jiran yang tinggal berdekatan rumahnya tak tahu malu dan sering meminta kebenaran untuk menggunakan kolam renang yang ada di rumah pasangan ini.

Alasan mereka adalah kerana pemilik rumah sebelum ini sentiasa membenarkan mereka menggunakan kolam renang terbabit pada bila-bila masa.

153849696 E1654915859469
Gambar hiasan

Portal Mirror melaporkan, si suami yang tidak mendedahkan identitinya meluahkan rasa kurang senangnya di laman Reddit. Difahamkan, segalanya bermula pada Februari lalu ketika pasangan terbabit mula-mula berpindah ke rumah berkenaan.

“Rumah yang baru kami pindah itu ada kolam renang. Pada mulanya kami agak menyendiri dan hanya menjemput keluarga dan rakan terdekat untuk meluangkan masa bersama.

Segalanya jadi pelik lepas ada jiran tiga rumah dari kami bertanya untuk menggunakan kolam renang kami pada hujung minggu dan jika dia mahu mengadakan parti kolam renang sempena cuti. Dia bukan meminta kebenaran tapi seolah-olah dah agak yang saya akan setuju,” tulis si suami.

Siap sindir lagi bila nampak tetamu lain dapat guna kolam tu

Istockphoto 1139466717 612X612 1 E1654915971589
Gambar hiasan

Setelah disiasat, rupanya pemilik rumah sebelumnya mempunyai anak yang berkawan rapat dengan anak-anak jiran lain di kawasan terbabit. Disebabkan itu, mereka semua dibenarkan untuk menggunakan kolam renang terbabit pada bila-bila masa saja.

Walau sudah diberitahu si suami bahawa kolam renang terbabit adalah hak persendirian selain menjelaskan soal privasi, jiran-jiran terbabit masih tidak jemu bertanya berulang kali. Malah, mereka juga ada menawarkan wang dan mahu membahagikan bil selenggara kolam renang sama rata.

“Setiap kali saya atau isteri keluar rumah mesti kami akan didatangi jiran-jiran dan mereka akan tanya soalan sama. Kata mereka, kolam renang itu adalah satu-satunya benda yang menghubungkan mereka,” katanya. 

0 Neighbors Quarrelling E1654916068214
Gambar hiasan

Tidak cukup dengan mengganggu pasangan terbabit, jiran berkenaan juga difahamkan ada menyindir tetamu pasangan itu yang datang ke rumah mereka.

“Saya pernah bawa tetamu datang tengok rumah. Ketika kami berada di laman depan, jiran datang dan sindir kata, ‘bestnya dapat guna kolam renang’,” katanya lagi. 

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan karakter jiran-jiran pasangan ini. Ada juga yang menyokong tindakan pasangan ini terus menolak permintaan jiran-jiran terbabit malah, sempat mencadangkan untuk memasang papan tanda ‘Jangan Menceroboh’.

“Kunci je pintu. Susah ada orang jenis entitled macam ni. Macam mana kalau diorang bawak budak-budak lepastu lemas? Teruskan tegas dengan orang macam ni,” komen netizen.

“Baik pasang kamera dan kunci pagar. Risau kalau nanti korang pergi berjalan tiba-tiba balik tengok diorang tengah lepak dalam kolam,” kata yang lain pula.

Sumber: Mirror

Baca: Kelakar! Lelaki Beli ‘Kolam Renang’ Online Niat Nak Berendam, Sekali Yang Sampai Saiz Rendam Kaki

Feature Img E1654913045506

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.