in

Kelakar! Lelaki Beli ‘Kolam Renang’ Online Niat Nak Berendam, Sekali Yang Sampai Saiz Rendam Kaki

Feature Img E1654913045506

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Realiti membeli barangan secara online ni kadang-kadang tak seindah yang disangka. Mungkin dalam 10 pemesanan, satu mesti akan bermasalah. Begitulah ceritanya dengan nasib seorang lelaki di Wolverhampton baru-baru ini.


Mick Daffern dikatakan telah membuat pembelian sebuah kolam renang mudah alih secara online gara-gara cuaca panas yang sedang dialami di kawasan Wolverhampton. Kononnya, dapatlah dia mandi-manda dalam kolam tersebut bila waktu lapang nanti.

Namun, ketika barang yang dipesan olehnya tiba, kolam renang yang dibayangkan sepanjang 8 kaki berkenaan rupa-rupanya hanyalah sebuah kolam rendaman kaki untuk kanak-kanak!

101540495 10157631402927830 1918245150170021888 N

Dalam masa yang sama, beliau turut diperli oleh isterinya gara-gara kedekut dan hanya ingin membeli kolam berkenaan kerana ia diiklankan dengan harga yang cukup murah iaitu 7 Pound Sterling (RM41).

Tertipu Dengan Gambar

Ketika ditemuramah pihak The Sun, lelaki berkenaan mengakui yang beliau ‘tetipu’ dengan gambar yang diletakkan dalam laman web pembelian berkenaan.

Gambar itu diambil dengan jarak yang dekat, saya tertipu dengan perspektif gambar, betul-betul satu penipuan.

Walaupun lelaki berkenaan akur telah ‘ditipu’ dengan penjual yang menjual kolam berkenaan, setidaknya ia masih boleh digunakan oleh anak gadis beliau.

Nintchdbpict000655837659

Untuk korang diluar sana, jangan pulak jadi macam lelaki ni ye, rajinkan diri untuk membaca deskripsi produk serta review yang ditinggalkan dalam kedai online tersebut.

Biasanya memang sangat membantu.

Sumber : The Sun 

Baca : “Amboi meow!” – Kedai ‘Online’ Ini Jual Baju Raya Khas Untuk Si Bulus, Songkok Pun Ada

Cat

Sumber: Facebook
Sumber: Roland Leon

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.