in

“Janganlah putar belit ayat saya” – Faezah Elai Jawab Tuduhan Mata Bengkak Sebab Alergi Vaksin

Faezah Elai Jawab Tuduhan Alergik Vaksin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini pelakon Faezah Elai ada muat naik satu foto menunjukkan matanya bengkak di Instagram miliknya.


Disebabkan itu, Gempak melaporkan bahawa ada netizen mendakwa bahawa ia adalah kesan ‘cucuk muka’. Bagaimanapun ia ditepis oleh Faezah sendiri, kerana yang bengkak adalah matanya, bukan seluruh muka.

Kata Faezah, ia adalah alahan kepada pil paracetamol dan ia tidak ada kaitan dengan sebarang suntikan untuk ubah muka.

 

Dituduh side effect vaksin pula

Namun wujud lagi berita kurang enak mengenai hantaran ini, ia kerana dalam caption gambar tersebut, Faezah menjelaskan dia dengan adiknya berguarau mengenai suntikan vaksin di muka.

Namun begitu, ia bukanlah satu perkara serius tetapi ada pihak salah tafsir.

Segelintir pihak mengatakan ia adalah kesan Faezah suntik vaksin, perkara itu mendapat perhatiannya apabila dia ada menerima satu DM daripada seseorang.

Oleh sebab itu, Faezah Elai membuat satu lagi hantaran baru, bagi  menjawab tuduhan tersebut dan sekali lagi menjelaskan ia adalah kesan alergi paracetamol bukannya vaksin.

View this post on Instagram

A post shared by faezahelai (@faezahelai)

Dalam perkongsian itu juga, Faezah menjelaskan bahawa dirinya sudah lama menerima dos kedua vaksin dan ia tidak memberikan sebarang kesan kepadanya.

Faezah menempelak mereka yang heret dirinya sebagai satu ‘bahan’ untuk enggan ambil vaksin.

Ampa yang anti vaccine tu malaih cheq ckp pasai ni cause is ur right to choose..
Tapi ampa jgn lah twist my words..I never said my eyes were swollen because of the vaccine..Memang takdak kena mengena ngan vaccine gais!!”

Dalam pada itu, Faezah juga menjelaskan keadaan terkini matanya yang sudah bertambah baik.

 

Baca : “Tak jumpa depan2 jgn buat cerita kartun”- Dituduh Skin Teruk, Faezah Elai Tunjuk Muka Flawless Tanpa Make-up

Collage 34

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.