in

“Orang yang fikir idea ini adalah kerja gila”

Page Anwar Ibrahim

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Orang yang fikir idea ini adalah kerja gila"
Loading
/

Sebelum ini terdapat beberapa dakwaan mengatakan kononnya PKR yang mempunyai 49 ahli Parlimen sedang berunding untuk bekerjasama dengan 79 ahli Parlimen BN dan PAS yang mempunyai 18 ahli Parlimen.

Namun begitu, menurut The Malaysian Insight, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dakwaan perundingan untuk bekerjasama antara tiga parti itu sebagai tak masuk akal.


Ai4
sumber: youtube

“Orang yang fikir idea ini adalah kerja gila dan memang mereka yang otak jahat saja yang boleh fikir macam ini.”

Dalam satu temubual khas dengan The Malaysian Insight, beliau turut mengingatkan semula nasib yang menimpa dirinya dan kerana hal ini tak mungkin PKR, UMNO dan PAS akan bekerjasama.

“Kita bertungkus lumus, dipukul setengah mati, apa guna saya nak berpakat begitu rupa.”

Dalam dakwaan yang sama, sekiranya ketiga-tiga pihak bergabung, mereka boleh membentuk kerajaan berteraskan Islam berbanding dengan Pakatan Harapan (PH) sekarang yang didominasi oleh Parlimen bukan Melayu.

Anwar
sumber: the star

Tambah beliau lagi, sekiranya khabar angin tersebut disebarkan oleh orang UMNO, beliau tidak kisah tetapi malangnya ada juga idea sebegini yang disebarkan oleh segelintir pendokong PH sendiri.

“Ada yang dakwa saya jumpa Raja-raja untuk membuat rancangan ini. Kalau saya nak buat pelan ini, saya jumpa ahli-ahli Parlimen bukan Raja-raja. Saya tidak perlu campur tangan Raja-raja.”

Bukan itu sahaja, beliau menolak dakwaan ini dan turut berpendapat pihak yang menyebarkan cerita sebegini ialah perosak PH.

“Saya menolak tuduhan ini dengan keras dan saya mengingatkan puak-puak ini, kita akan berdepan dengan mereka kerana mereka perosak PH. Kalau ada elemen dalaman yang terlibat, orang ini mesti didedahkan.”

Siapalah agaknya yang menyebarkan berita palsu ni. Dorang ni akan menyebabkan kekeliruan dekat rakyat.

Baca: “Saya akan cepatkan proses menjadi ahli Parlimen”

Page Anwar 758X400 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.