in

“Orang tegur nak maki hamun” – Melampau! Budak Basikal Makin Berani Main Lajak Kat Highway

Rempit Kids Take To Plus Highway Doing The Superman And Cheating Death World Of Buzz 2 768X403

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya kegiatan budak-budak basikal main lajak di tepi jalan besar ni dah makin melampau! Terbaru, viral di Twitter berkenaan dengan video beberapa remaja buat aksi Superman untuk ‘lawan lajak’ basikal mereka di Highway PLUS!


 

Bila dah kurang ajar. Diberi pelempang! Tahu nak menyaman. Bila kena langgar mati katak tahu kata yg langgar ni pembunuh.”

Lokasi ni berlaku di simpang masuk ke Semenyih, sekumpulan remaja sedang berlumpa lajak di bahagian kiri dan ada daripadanya menghalang laluan kereta untuk masuk ke simpang.

Bukannya apa, bagi Khey Amir, mereka semua ini di bawah umur, aktiviti yang mengundang bahaya ini sudah semestinya memberikan risiko kepada pemandu jalan raya juga.

Dia menyalahkan ibu bapa yang tak peka dalam mendidik anak-anak mereka. Video yang meraih lebih daripada 1,900 jumlah retweets itu mendapat sokongan daripada netizen yang mengutuk sekeras-kerasnya sikap ibu bapa mereka.

Ia mencetuskan kebimbangan netizen kerana aksi mereka itu berisiko tinggi terlibat dalam kemalangan. Ya lah, sedangkan orang tunggang motosikal pun pakai helmet .

 

Sekarang budak-budak dah tak ada adab, orang tegur maki hamun – Netizen

Plus Plus2 Plus3 Plus4 Plus5

Malah ada juga yang bengang dengan mereka ini sebab ramai yang beranggapan budak-budak muda sekarang macam tak ada adab, bila ditegur terus nak melenting. Bahkan ada ibu bapa yang tak boleh terima anak mereka melakukan perbuatan itu salah.

 

Baca : Kena Tinggal di Highway Jam 3 Pagi

Highway

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.