Orang Ramai Cuba Selamatkan Kanak-kanak Mandi Sungai, 2 Daripada 5 Ditemui Lemas

Tambah ke Sumber Pilihan
Mandi Sungai

Dua kanak-kanak lelaki ditemukan lemas selepas mandi di sungai berhampiran Kampung Padang Besar Selatan, di sini petang semalam. Mangsa dikenali sebagai Iskandar Zulkarnain Mohd Faizal, 8, dan Muhammad Haikal Hakim Mohd Yuhanis, 10, disahkan meninggal dunia selepas gagal diselamatkan oleh orang awam dan pasukan paramedik.

Screenshot 2025 11 01 At 10.52.24 Am

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis, Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.40 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Perlis dikejarkan ke lokasi.


Tiga lagi kanak-kanak yang mandi bersama mangsa berjaya diselamatkan orang awam, dan seorang daripadanya masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Artikel berkaitan: Tular Rakaman Kenderaan Dihanyutkan Arus Deras, Kakitangan Sabah Electricity Dikhuatiri Lemas

Artikel berkaitan: Wanita 41 Tahun Teman Wanita Bapa, Polis Kini Kesan Ibu Kandung Dua Beradik Lemas

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 petang ketika lima sahabat itu bermain air di tali air berhampiran padang kampung.

Salah seorang mangsa dipercayai berenang ke tengah tali air sedalam dua meter sebelum tenggelam akibat keletihan. Usaha rakan-rakan untuk membantu gagal kerana arus deras dan kedalaman air yang tinggi.

Penduduk kampung yang tiba di lokasi kemudian berjaya menarik keluar kedua-dua mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Kuala Perlis, namun mereka disahkan meninggal dunia.

Mayat kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar untuk proses bedah siasat.

Screenshot 2025 11 01 At 10.52.14 Am

Menurut polis, tali air berkenaan baru dikorek bagi melancarkan aliran air dan terletak berhampiran kawasan laluan penduduk.

Orang ramai diingatkan agar sentiasa mengawasi anak-anak ketika bermain di kawasan berair bagi mengelakkan tragedi seumpama ini berulang.

Sumber: Buletin TV3, Kosmo!

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Fahmy Rosli
Lagi tulisan Fahmy
Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Orang Ramai Cuba Selamatkan Kanak-kanak Mandi Sungai, 2 Daripada 5 Ditemui Lemas
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/orang-ramai-cuba-selamatkan-kanak-kanak-mandi-sungai-2-daripada-5-ditemui-lemas/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM