in

“Orang Malaysia memang panas kalau kena hon”

Page 4 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni dah tular sebuah video seorang lelaki berlagak samseng dan langgar sebuah kereta lain di jalan menuju ke Kota Sentosa, Kuching, di mana pemandunya seorang wanita.


Hari ni, menurut Utusan Borneo, lelaki tersebut telah berjaya ditangkap polis di sebuah rumah dekat Kampung Lidah Tanah, Bau malam tadi. Terbaiklah polis!

A1 1
sumber: facebook

Menurut Sinar Harian, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Azman Yusof berkata suspek berusia 29 tahun itu ditangkap sekitar jam 9 malam lepas laporan telah dibuat oleh mangsa yang berusia 43 tahun itu.

“Difahamkan suspek tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang membunyikan hon kenderaannya sebelum bertindak memotong kenderaan mangsa sehingga menyebabkan kerosakan serta mengugut mangsa sehingga menimbulkan ketakutan (kepada mangsa).

“Tindakan agresif suspek sangat melampau sehingga menyebabkan kerosakkan pada kereta mangsa.”

Bukan itu je, suspek juga rupanya didapati ada rekod kesalahan lampau berkaitan dadah, pecah rumah dan curi.

A3 1
sumber: facebook

“Selain itu, dalam hal ini kita turut melihat dari perspektif keganasan suspek terhadap seorang wanita.

Suspek juga akan dibawa untuk menjalani ujian air kencing serta akan dipohon reman pada hari ini.”

Video pendek yang viral tu telah dirakam oleh mangsa semasa suspek bertindak agresif dengan memecahkan cermin kereta mangsa menggunakan pisau pemotong daging selain langgar pintu kereta sehingga menyebabkan kerosakan sebelum beredar dari tempat kejadian.

https://www.facebook.com/princess.lilin.14/videos/pcb.324082558366251/324082515032922/?type=3&theater

Suspek telah ditahan reman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Orang ramai yang tengok video ni pun beranggapan bahawa lelaki tersebut mungkin di bawah pengaruh dadah.

C5 1
sumber: facebook

Aduhai, sekarang ni nak hon pun tak boleh dah…

Baca: Berlagak Gangster! Pukul Wanita Sampai Berdarah

Pukul Org Tua 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.