in

Berlagak Gangster! Pukul Wanita Sampai Berdarah

Pukul Org Tua

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Berlagak Gangster! Pukul Wanita Sampai Berdarah
Loading
/

Inilah yang dinamakan gangster tahi kucing! 


Seorang pengguna Facebook bernama Wayne pada 13 September lepas telah menceritakan tragedi hitam yang menimpanya dan keluarga ketika berdepan dengan 3 orang lelaki yang kononnya gangster.

Kisahnya bermula apabila kakak si Wayne ni dengan boyfriendnya gunakan khidmat job agency seorang lelaki bernama Kelvin untuk bekerja di Korea Selatan. Dorang dikatakan dah bayar RM3,000 seorang kat Kelvin tapi tup-tup kena scam sebab tak dapat pekerjaan yang dijanjikan. 

41713003 2300575550162642 5267408150205562880 N
Ini kelvin | sumber: facebook
41810123 2300252820194915 4847923659387437056 N
sumber: facebook

Walaupun si Kelvin ni dah janji nak beri kakak Wayne ni pekerjaan baru, tetiba je dia hilangkan diri, tak angkat call dan biarkan kakak mangsa dan boyfriend dia terkapai-kapai kat Korea Selatan tanpa apa-apa. Aduhai!

Nak dijadikan cerita, mangsa dan keluarga dia ni pergilah serbu si Kelvin dekat tempat kerjanya di J&T Express, Melaka dari KL pada 12 September lepas.

“Sebab dia tinggalkan kakak saya macam tu je dekat negara orang tanpa sebarang bantuan, ayah saya nak tampar muka dia. Tapi dia sempat menolak dan tak kena pun tamparan tu.

“Tapi lepas tu, dia pula berlagak samseng dan cakap dia tak ada duit nak bayar pampasan. Jadi saya cadang kita pergi saja ke balai polis untuk report kes ini.

“Tapi kemudian dia cakap, kalau nak buat laporan polis, suruhlah polis datang ke sini dan tangkap saya,” cerita Wayne. Amboi berlagak sungguh! 

41616244 2300252910194906 8876539636562788352 N
sumber: facebook

Tapi perkara ni jadi lebih buruk bila dua abang Kelvin masuk campur dan cuba buat kacau. Dalam rakaman video kat bawah, korang boleh tengok abang Kelvin yang pakai baju biru tu tiba-tiba naik angin sebab dapat tahu bapa si Wayne ni nak tampar adik dia tadi.

41717084 2300575580162639 1602592524524847104 N
sumber: facebook
41799637 2300575623495968 3159242561273462784 N
sumber: facebook

So dia pun apa lagi, tolak handphone Wayne sampai jatuh lepas tu pukul bapa dan ibu Wayne sampai berdarah teruk. Ish gilanya!

“Abang scammer yang pertama tu mulakan pergaduhan dengan tolak handphone dan tumbuk muka saya. Abang scammer nombor dua (pakai baju biru) pulak, tumbuk muka bapa saya. Bila ibu saya cuba tolak lelaki tu, dia tolak ibu saya jatuh ke bawah. 

Dia kemudian ambik besi panjang dan hentak kepala ibu saya berkali-kali sampai ibu tak boleh nak ingat apa-apa,” kata Wayne. Eh gilanya! Perempuan pun dia nak pukul! 

41659952 2300575703495960 5779356264635039744 N
sumber: facebook

Macam manapun, Wayne sempat buat laporan polis tentang kelakuan tiga beradik gangster ni dan hantar ibu bapanya ke hospital dengan ambulans. Lepas buat laporan polis, Wayne pulak ke hospital untuk rawatan dan di situ dia diberitahu seorang inspektor yang lelaki-lelaki tadi cakap dialah yang memulakan pergaduhan tu terlebih dahulu. Pulak dah dia yang kena tuduh… nasib ada bukti video. 

Kata Wayne, mak dia kena pukul teruk jugak sampai kena 9 jahitan di kepala dan tubuh badan habis lebam sini sana. Tapi dia dan bapanya mujurlah hanya bengkak-bengkak sikit di badan dan leher.

41723164 2300575650162632 7294301185391984640 N
sumber: facebook
41632315 2300253083528222 7699882386036621312 N
sumber: facebook
41827801 2301642083389322 749107223443013632 N
sumber: facebook

Buat masa ni, kes pukul ni masih lagi dalam siasatan polis dan syarikat tempat Kelvin bekerja jugak dah tunjuk inisiatif untuk bekerjasama dengan polis.

Semoga ibu mangsa cepat sembuh dan keluarga mereka mendapat keadilan sewajarnya. 

Baca: Culik, Bunuh dan Tanam Dalam Hutan. Kes Pembunuhan Libat Ahli Kongsi Gelap Dibongkar

Kubur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.