in

“Orang kita punya fetish…” – Netizen Dah Mula ‘Menyampah’ Dengan Mat Salleh Fasih Bahasa Melayu?

Hensem

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi korang yang selalu ikuti perkembangan semasa, mesti korang kenal dengan selebriti media sosial macam Rhys William dan Mat Dan. Dorang ni antara mat salleh yang femeslah kat Malaysia sebab fasih gila berbahasa Melayu.


Tapi sejak akhir-akhir ni, rasa macam makin ramai pulak geng mat salleh yang fasih cakap BM pastu jadi personaliti TV terkenal. Terbaru Mark O’dea yang dikatakan ada ‘pakej lengkap’. Wuuu…

 

“Orang kita punya fetish terhadap Mat Salleh boleh tahan menjengkelkan”

Disebabkan ramai sangat mat salleh yang pandai cakap Melayu, ada netizen luahkan rasa tak puas hati dengan kemunculan mereka-mereka ni. Katanya, kenapa kita agungkan sangat dorang ni walhal kalau kita pergi negara dorang, takde pulak dorang agungkan kita. Emmm pulak… 

Berikut posting Twitter yang viral tu:

Ffff
sumber: twitter

 

“Takkan kita lihat artikel puji individu dari Bangladesh, Nepal, Pakistan…” 

Nak kata salah, ada betul jugak apa kata netizen ni. Tambahnya lagi, tak ada pulak kita nak highlight orang Bangla atau Nepal ke fasih BM kan? Malah orang kita ni as you all know memang teruja sikit kalau bangsa lain cakap BM. Maybe rasa bangga kot agaknya.

Sokong
sumber: twitter

 

“Makin geli aku dengan white people sekarang” 

Kebencian nampaknya makin membuak-buak pulak di kalangan netizen sampaikan ada yang cakap white people ni sengaja ambil kesempatan lah, nak priviledge lah… macam-macam! Jahatnya mulut netizen. 

Fasih
sumber: twitter

Apa-apapun bagi admin, anggap ni sebagai rezeki doranglah untuk menyinar di Malaysia. Lagipun rasanya, kualiti BM dorang ni lagi hebat kan daripada sesetengah orang Malaysia yang tinggal kat sini sejak azali lagi. Ops!

Baca: Kenal Mat Dan? Ini 6 Mat Saleh Lain Yang Boleh Cakap Melayu Dengan Fasih

Page Ms2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.