Bahasa Melayu ni merupakan bahasa yang dikenali sebenarnya dekat seluruh dunia dan ramai orang dah pun mendalami bahasa ibunda kita ni.
Beberapa tahun lalu, ada sorang mat saleh yang jadi fenomena dekat media sosial sebab pandai cakap Melayu. Tapi korang tau tak sebenarnya ada je lagi mat saleh lain yang power cakap Melayu. Ni 6 mat salleh lain yang boleh cakap Melayu dengan fasih selain Mat Dan.
1. Rhys William
Rhys William ni berasal dari Britain dan menetap kat KL. Mula-mula, Rhys datang Malaysia sebab nak bercuti je pada tahun 2012. Tapi lepastu, dia kata dia dah jatuh cinta dengan Malaysia so terus decide nak menetap kat sini.
So, pada tahun 2014, Rhys start belajar BM lepastu mula tulis blog Jalan-jalan Cari Makan dekat Malaysia. Kata Rhys, dia tulis blog sebab nak praktis guna BM dan mengaku pada awalnya banyak guna Google Translate tapi bila dah selalu guna, dia start bina ayat BM dalam minda.
2. Cassidy Anderson
Kalau yang lain mat saleh, ni kita ada minah saleh dalam senarai. Cassidy berasal dari Australia dan mula minat nak belajar BM bila start nyanyi cover lagu-lagu Melayu.
Cassidy yang enjoy dengar lagu Melayu termasuk lagu Allahyarham P. Ramlee, selalu upload video YouTube nyanyi lagu-lagu Melayu. Dia juga mengaku masih belum betul-betul fasih tapi hanya sekadar boleh berbual dalam BM.
3. Ben Bradshaw
Ben ni lebih dikenali sebagai Cikgu Ben atau Gigi Putih, antara mat saleh yang pertama viral dekat Malaysia sebab pandai cakap Melayu. Ben berasal dari Amerika dan pernah mengajar subjek BI dekat Sabah tahun 2006.
Ben kata dia hadapi masalah nak ajar students sana BI sebab dorang guna BM sebagai bahasa pengantar. So, Ben pun decide belajar BM untuk memudahkan komunikasi, pembelajaran dan pengajaran studentsnya di Sabah tu.
4. Paku dan Belacan
Walaupun dorang berdua ni dah tak aktif dekat YouTube atau Facebook, tapi satu masa dulu, ramai orang Melayu yang enjoy tengok celoteh dorang cakap Melayu. Dua mamat saleh yang berasal dari US ni namakan diri dorang Paku dan Belacan.
Paku dan Belacan datang Malaysia tahun 2007 sebab Paku start bertugas sebagai sukarelawan dekat Bintulu lepas tu baru si Belacan ikut lepas dah kerja kat Singapura. Tapi 2009 dorang dah balik US, sebab rindu Malaysia, tu yang dorang upload video-video dorang cakap Melayu tu.
5. Alexandra Samokhvalova
Alexandra atau Alex tidaklah terkenal seperti mat saleh lain dalam senarai ni. Tapi dia dikenali kerana merupakan salah seorang pemidato yang join Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu pada tahun 2009.
Alex berasal dari Moscow, Rusia dan mula belajar BM semasa di Universiti Moscow State yang menawarkan BM sebagai salah satu course di situ. Dia mengaku dah jatuh cinta dengan Malaysia dan BM kerana banyak beza dengan bahasa-bahasa Barat.
Semestinya Bahasa Melayu merupakan bahasa yang lain dari yang lain dan mendapat minat dari orang luar. Sedangkan orang luar pun menyanjungi BM apatah lagi kita yang harus terus memartabatkan BM.
Hebat-hebat dorang ni..
Baca: 9 Artis Lelaki Malaysia Berdarah kacukan Buat Hati Anda Tertawan