in

Orang Awam Sanggup Tolong Jaga Trafik Bantu Lelaki Dipercayai Tidak Siuman Solat Bawah Flyover

Solat6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tindakan seorang lelaki bersolat di tengah-tengah jalan telah menjadi perhatian orang ramai apabila ianya dirakam dan viral di media sosial.


Video berdurasi 32 saat yang dimuat naik oleh Facebook Info Roadblock JPJ / POLIS itu telah meraih 200,000 jumlah tontonan dan 327 perkongsian.

Menurut sumber, lokasi kejadian dipercayai berlaku di bawah flyover berhampiran Kuil Batu Caves menghala Ulu Yam kelmarin.

Kejadian dirakam semalam,info awal yg diterima seorang lelaki tak siuman solat bawah flyover berhampiran Kuil Batu Caves menghala Ulu Yam. Tindakan tersebut membahayakan nyawa, nasib baik orang awam tolong jagakan jalan sehingga dia selesai..

Kejadian dirakam semalam,info awal yg diterima seorang lelaki tak siuman solat bawah flyover berhampiran Kuil Batu Caves menghala Ulu Yam. Tindakan tersebut membahayakan nyawa, nasib baik orang awam tolong jagakan jalan sehingga dia selesai..Video : Izlin Idris

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Wednesday, February 24, 2021

Lelaki tersebut juga dikhabarkan orang tak siuman, orang ramai yang berada di lokasi kejadian sanggup berhenti di tepi jalan untuk bantu jaga aliran pergerakan ketika lelaki terbabit menunaikan solat.

Ada yang memperlahankan jalan untuk elak daripada melanggarnya. Perbuatan mereka untuk melindungi  lelaki tersebut mendapat pujian netizen kerana sikap mereka yang penyabar.

Jelas netizen, mereka sanggup tak batalkan solat lelaki tersebut, jaga jalan dan tunggu sehingga dia selesai solat.

 

Respect dekat brother yang tunggu tu, memang penyabar la – Netizen

Solat Solat2 Solat3 Solat4 Solat5

Malah ramai juga netizen puji dengan sikap lelaki tersebut yang tetap menjalankan kewajipan tak kira dimana sahaja.

 

Baca : “Sampai hati” – Ahli Keluarga Tinggalkan Warga Emas Di Surau Lepas Ajak Keluar Rumah Untuk Solat Jemaah

Solatttt

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.