in

“Omg maaf saya salah nombor” – Lelaki Pervert Menyamar Jadi Wanita Untuk ‘Umpan’ Gambar Bogel Mangsa

Pervert8

Lepas ni kalau ada orang salah nombor jangan dilayan sangat sebab ada kemungkinan orang tu sebenarnya scammer lebih-lebih lagi dalam kalangan wanita.

Apa yang terjadi kepada Kartinee (@martineekag) ini pasti akan membuka mata kita semua untuk tidak terlalu mendedahkan pasal diri kita dengan orang yang kita tak pernah jumpa.

Seorang lelaki pervert menyamar jadi wanita sebagai cara untuk mereka ‘umpan’ Kartinee untuk hantar gambarnya dalam keadaan tidak berpakaian.

 

Pura-pura salah hantar mesej

Pervert1 1 Pervert2 1

Mula-mula Kartinee ada dapat mesej WhatsApp daripada seorang wanita yang dikenali dengan nama Natalie, kononnya si Natalie ni nak cari lelaki bernama Brandon. Mula-mula perbulan tu elok je tapi sampai lah ada sesuatu yang buatkan Kartinee rasa curiga,

Namun, begitu kawan Kartinee juga dapat mesej daripada nombor yang sama. Lepas mereka berdua dah selidik segala info yang diaorang dah raih telah membukti yang gadis bernama Natalie itu tak wujud.

Ketika Kartinee kongsikan hal ini di Twitter, ada juga netizen, Justina yang kena perkara yang sama, cuma nama jadi lain, tukar jadi Kristy.

 

Ada mangsa lain kena perkara yang sama

Kartinee Kartinee2

Justina hubungi Kartinee dan mereka kongiskan info sesama mereka, hasilnya mereka berdua ada dalam satu match dalam aplikasi Tinder oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Josh Samuel Dhruv.

Lelaki tersebut sering meminta gambar bogel mereka dan ajak melakukan hubungan intim tapi tak dilayan. Masa Justina kena, Josh menggunakan nama samaran Roy. Beberapa minggu kemudian, dia menerima mesej daripada Kristy pula.

Pervert3 Pervert4 Pervert5 Pervert6

Katanya dia pernah menjalinkan hubungan intim dengan Roy. Bila dah kantoi, Kartinee serang Josh dan mendedahkan yang dia dah tahu identiti sebenar Josh kepada wanita yang menyamar pakai nama Kristy tu.

Mengaku dirinya seorang lelaki dia mohon maaf kepada Justina.

 

Saya cuma anak ajak awak dinner je, saya minta maaf saya akan buat apa sahaja”

Msian Woman Receives Fishy Text Messages From Anonymous Woman The Plot Thickens World Of Buzz 5

Bagaimanapun, Josh terus block dia. Ternyata lelaki yang dikenali sebagai Josh itu merupakan lelaki psiko. Berbalik kepada cerita Roy pula, Kartinee dapat tahu yang Roy tu pun sebenarnya tak wujud.

Rupa-rupanya ‘dalang’ disebalik nombor layang menggunakan nama lain itu adalah Yuvan sendiri. Lepas Kartinee dah dedahkan semua ini, ada salah seorang warganet menceritakan yang dia pernah kena perkara yang sama pada tahun 2017!

Wow maknanya modus operandi dia dah 2 tahun buat macam ni. Untuk memudahkan korang faham semua ni, taktik utama dia akan cari orang dekat Tinder dengan gunakan gelaran Josh.

Josh tu sebenarnya tak wujud sebab akaun tu dijaga oleh lelaki  bernama Roy, lepas mulalah menyamar pakai nama perempuan, Josh, Kristy, Natalie semua tu (termasuklah nama Roy dan Josh) adalah orang yang sama. Iaitu seorang lelaki yang bernama Yuvan.

 

Baca : “Dia try hard gila nak buka baju aku” – Wanita Hampir ‘Dirosakkan’ Lelaki Pervert Lepas Tayar Meletup Tepi Highway

Pervert7