in

“Niat mereka dah baik tapi..”- 10 Individu Ditahan Selepas Solat Isya’ Berjemaah Di Masjid Waktu PKP

Untitled Design 5 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rata-rata rakyat yang beragama Islam pasti merindui masjid sepanjang tempoh PKP ini, bila ternampak masjid pasti akan timbul rasa rindu nak berjemaah seperti sebelum ini.


Mungkin disebabkan rindu yang terlampau, semalam 10 individu ditahan ketika sedang menunggu solat Isya’ di Masjid Sayong Tengah, Kuala Kangsar, Perak, lapor Harian Metro.

M3 1

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Razali Ibrahim menyatakan individu yang di tahan berusia 26 hingga 76. Allahu, mesti atok tu rindu masjid sangat.

Difahamkan ketika operasi, polis ini dibantu oleh anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Daerah Kuala Kangsar.

Laporan menunjukkan, mereka ditahan di dalam masjid kira-kira pukul 8:30 malam ketika sedang menunggu masuk waktu Isya’ selain terdapat jemaah lain yang sempat melarikan diri.

Hasil pemantauan di masjid berkenaan sebelum ini mendapati rata-rata mereka yang masih berdegil kebiasaannya terdiri golongan warga emas serta uzur.

Amaran sudah dikeluarkan beberapa kali terhadap pengurusan masjid itu sebelum ini, namun kedegilan mereka menyebabkan serbuan dilakukan,” – Asisten Komisioner Razali Ibrahim

Walaubagaimanapun, mereka sudah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ekoran daripada kes ini,banyak netizen berasa simpati serta mereka merasakan warga emas di sana merindukan masjid sangat-sangat.

 

Jangan salahkan mereka…

M1

Degil ke arah yang baik…

M2 1

 

Baca: “Sebab tu jangan ambil mudah” – Pesara Kerajaan Boleh HILANG PENCEN Jika Ingkar PKP!

Capture 20200417 172408 Crop

Sumber: Harian Metro
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.