in

“Sebab tu jangan ambil mudah”- Pesara Kerajaan Boleh HILANG PENCEN Jika Ingkar PKP!

Feat 26

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terima atau tidak, pesara kerajaan yang disabit kesalahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga membawa kepada hukuman penjara walaupun satu hari, mungkin akan hilang manfaat pencen setiap bulan.


Mengikut aspek perundangan, seseorang pesara itu masih layak menerima wang pencen selagi mana dia cuma didakwa di mahkamah atau didenda.”- Adnan Seman/Peguam

Namun katanya mengikut Seksyen 21(1) Akta Pencen 1980, pesara boleh hilang kelayakan pencen serta merta sebaik hukuman mati atau penjara dijatuhkan terhadapnya, lapor Berita Harian.

“Namun, pencen ini boleh diperoleh semula mengikut Seksyen 21 (2) Akta Pencen 1980 sekiranya dia mendapat pengampunan Yang di-Pertuan Agong.

“Dalam hal ini, pengampunan Yang di-Pertuan Agong membolehkan elaun tanggungan diberi namun jumlahnya bergantung kepada apa yang difikirkan patut untuk isteri atau anak pesara dari segi nafkah dan faedah mereka, selain untuk pesara sejurus tamat menjalani hukuman (penjara),”

Duit Pencen Pesara Kerajaan

Menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Khairul Adib Abdul Rahman, sepatutnya pesara kerajaan menjadi contoh kepada masyarakat untuk mematuhi PKP walaupun tidak lagi berkhidmat.

“Pesara kerajaan pernah berkhidmat sebagai penjawat awam yang mana secara jelas mereka dididik dengan nilai untuk menyokong sepenuhnya peraturan kerajaan.

“Dalam keadaan sekarang, mereka bukan saja perlu patuh malah sama-sama menjadi contoh serta menasihati individu sekeliling untuk mengikut sepenuhnya PKP,”

 

Ingat tu, pencen tak dapat walaupun dipenjara sehari!

Baca : Rakyat degil macam mana nak stop Covid-19;- PKP Fasa 3 Saksikan Pertambahan Kenderaan, Jalan Makin Sesak?

Feat 25

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.