in

“Ni mesti rakam pakai kamera telefon…” – Netizen Troll & Kritik Lepas Tengok Trailer Filem Mahaguru Ni…

Trailer Mahaguru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Trailer filem memang memainkan peranan yang sangat penting. Melalui trailer juga lah akan buat orang ramai tak sabar nak tonton sesebuah filem tu. Kalau trailer gempak, memang memanggil je kita nak tengok kan? Tapi, kalau sebaliknya? Mengundang kritikan dan ‘troll’ daripada netizen la jawabnya…


Sebuah trailer filem Melayu mendapat kritikan dan ditertawakan netizen selepas ianya dimuat naik oleh satu account dekat Twitter.

https://twitter.com/XavierNaxa/status/1062955535207608320

Filem Mahaguru merupakan arahan daripada Z.Lokman dan bakal ditayangkan di pawagam mulai esok, 15 November 2018. Filem itu berlatar masa waktu sekarang mengisarkan tentang arena persilatan dan 30 peratus dakwah mengembangkan syiar Islam.

Bagaimanapun, dengan perkembangan industri seni yang semakin baik dalam melahirkan filem bekualiti, Mahaguru boleh dikatakan masih berada di takuk yang lama.

Malah, kalau korang tengok kesan CGI yang digunakan sangat mengecewakan terutamanya part peluru terbang ‘kejar’ penjenayah tu….

Peluru

Nama pengarah filem ni mungkin tak familiar bukan kita semua tapi rupa-rupanya beliau dah hasilkan 30 buah filem selain menerbitkan 138 buah drama televisyen. Antara filem yang pernah dihasilkan beliau adalah No Problem lakonan Maya Karin dan Opie Zami serta Mendam Berahi lakonan Rita Rudaini.

Mendam Berahi

No Problem
sumber: letterboxd

Trailer ni pernah dimuat naik pada Oktober lalu dan sekali lagi baru-baru ini. Netizen yang tonton trailer tu rata-rata mengkritik dan ‘troll’ filem Mahaguru ni.

Komen Mahaguru
sumber: twitter

Apa pendapat korang? Nak tak tengok filem ni dekat pawagam?

Baca: “Cerita kanak-kanak” – Badang Dilabel Filem Gagal Kerana Aliff Syukri Tiada Bakat Berlakon?

Adiwira

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.