Setelah berita rentas negeri diumumkan, pastinya ramai yang dah merancang untuk pulang ke kampung halaman bertemu ibu bapa dan sanak saudara.
Rindu yang terkumpul sekian lama tak berjumpa itu semestinya kebanyakannya sudah terubat. Ye lah, kurang lebih dekat dua tahun dah kita terpaksa terpisah, tak boleh rentas negeri untuk balik ke kampung. Mesti atuk dan nenek yang terpaling rindu cucu-cucunya!
Bercakap tentang atuk dan nenek, tular di laman TikTok akibat lama tak berjumpa, nenek tak cam cucunya yang dah besar panjang!
https://www.tiktok.com/@nyssaahmad/video/7018888289826426138?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo8vqm8hy6WF1oalgoRHkIfXBJzR7nC%2FWQhdUPWUvezQmyRl4X5w9Kkk6u7m%2Fvnr9E3S7CuRd7xwCEjFE1qGgA%3D&checksum=97e9d68b6ea964a61c09e2017f92f1555beb4aefe4146d6e4f1de578a39bf03d&language=en&mid=6978451447318858522&preview_pb=0®ion=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAA4pw52LJxGKS07ELvkWP9b4NiULCPRRoLaoGlZsXKD7_xPrHuZiCeTqvkYjVEmYZt&share_app_id=1180&share_item_id=7018888289826426138&share_link_id=49ABDC9C-2E71-4D8B-8AB2-3B72F4F1EE85&source=h5_t×tamp=1634525850&tt_from=copy&u_code=de21752elg052h&user_id=6861237501894755329&utm_campaign=client_share&utm_medium=ios&utm_source=copy&_r=1&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Semasa bersalaman bersama nenek dan saudara-mara, kelihatan si nenek seperti terkejut melihat cucunya yang mungkin sudah berbeza dengan semasa kali terakhir mereka berjumpa. Tambahan pula, bukan si nenek sahaja yang ‘tercengang’, malah makcik-makcik si cucu tersebut juga turut sama reaksi seperti nenek!
“Tau-tau anak buah dah besar panjang, rambut dah macam kpop, suara dah lain”- Ibu saudara
Betapa lamanya si nenek tak berjumpa dengan cucunya. Sampai dah tak cam cucu dah besar panjang!
Selain mendapat komen yang mengatakan mereka terhibur dengan reaksi si nenek, ada juga yang memberi komen mengenai rambut si cucu yang dikatakan seperti ‘helmet’. Ada yang kata rambutnya seperti Justin Bieber tahun 2010!
Takpe dik… mungkin sebab excited nak balik kampung itu yang tak sempat gunting rambut kan?