in

“Ni confirm sayang duit je” – Netizen Ternganga Tengok Lelaki 62 Tahun Jemput Isteri 28 Tahun, Konvoi Naik Rolls-Royce

Pengantin Rolls Royce

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perkahwinan satu pasangan di China mendapat perhatian ramai netizen selepas gambar dan video ketika majlis berlangsung dimuat naik dekat media sosial. Menurut WOB, rupa-rupanya netizen terkejut dengan jurang umur pasangan itu membuatkan perkahwinan pasangan tersebut jadi bualan.

Couple1 1
sumber: wob

Pengantin lelaki lahir pada tahun 1957 dan kini berusia 62 tahun manakala pengantin perempuan pula berusia 28 tahun. Bermaksud, mereka mempunyai jurang usia 34 tahun namun kedua-duanya memang nampak betul-betul gembira.


Wanita itu yang memakai pakaian perkahwinan tradisional China pun kelihatan gembira memegang tangan suaminya. Bukan itu je yang buat netizen di sana ‘membawang’ tapi juga sebab pengantin perempuan tu dijemput dengan konvoi kereta mewah Rolls-Royce.

Couple3

Couple2 1
sumber: wob

Pengantin lelaki tiba di rumah pengantin perempuan bersama beberapa rakan yang kelihatan seusia dengannya. Mengikut adat mereka, pengantin lelaki perlu menjemput isteri mereka dari rumah ibu bapanya untuk dibawa pulang.

Couple4

Couple5
sumber: wob

Netizen juga kecoh bila tengok ibu dan bapa pengantin perempuan tu nampak lagi muda daripada pengantin lelaki itu sendiri. Lepas tu mulalah mereka bergosip dan kata yang pengantin perempuan ni materialistik dan hanya mahukan harta semata-mata.

Siapa je tak jatuh cinta bila tengok kereta tu.”

Lagi beberapa tahun, isteri dia akan jadi wanita kaya.”

Couple6

Couple7
sumber: wob

Tapi, dalam gambar yang viral dekat media sosial tu nampak yang perempuan tu kelihatan betul betul gembira (ikhlas) bila suami dia jemput pulang ke rumah mereka. Dia juga sempat bagitahu semua tetamu yang dia nak ada zuriat dengan suaminya sambil disambut dengan gelak tawa keluarga serta kawan-kawannya.

Baca: “Simpan perasaan sejak pertama kali jumpa” – Gadis 27 Tahun Jatuh Cinta Pandang Pertama, Nikah Atuk 83 Tahun

Kakek Kahwin Baru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.