in

“Ni bukan macau scam, ni pukau scam”- Suri Rumah Dan Doktor Kerugian Hampir RM100,000 Jadi Mangsa Macau Scam

Combine Baru Scam 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perbuatan scam ni semakin menjadi-jadi bagi sesiapa yang nak dapatkan duit dengan mudah dalam masa yang singkat. Sesiapa saje berpotensi untuk jadi mangsa scammer di luar sana.

Terbaharu,dilaporkan seorang suri rumah berusia 53 tahun menjadi mangsa terbaru Macau Scam dan mengalami kerugian sebanyak RM 65,000 setelah ditipu oleh sindiket itu yang menyuruhnya memindahkan sejumlah wang ke akaun simpanan yang diberikan oleh suspek.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa  mendakwa mendapat panggilan telefon daripada seorang lelaki kononnya dikatakan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, lapor Bernama.

Tidak cukup dengan itu satu lagi kes Macau Scam melibatkan mangsa seorang doktor wanita berusia 44 tahun.

Doktor itu mendakwa dia telah diperdaya oleh seorang lelaki yang menyamar sebagai polis bergelar ‘datuk’ dan mengakibatkan kerugian sebanyak RM 23,000. Dia kemudiannya membuat laporan polis di IPD Rompin.

Mangsa didakwa dihubungi suspek berikutan siasatan kononnya dia mempunyai tunggakan cukai pendapatan syarikat atas namanya.

Selepas maklumat perbankan mangsa diambil oleh suspek, mangsa mendapati akaun simpanan banknya berkurangan.

Pelik-pelik eh orang zaman sekarang ni. Ada je cara nak tipu

Mohd Wazir berkata kedua-dua kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh mengakibatkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan atau denda, jika sabit kesalahan.

Komen Netizen

Baca : [KUANTAN] Pura-pura Jadi Penghantar Hamper, Sebelum Simbah Asid Kepada Anggota Polis

Simbah Asid

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.