Kerjaya sebagai anggota polis, boleh dikatakan sebagai kerjaya yang agak ‘panas’. Manakan tidak, golongan ini terpaksa bergadai nyawa dan keselamatan mereka demi kesejahteraan rakyat.
Malah tidak dinafikan kerjaya ini membuatkan ramai ‘berdendam’ ekoran rasa tidak puas hati dengan tindakan yang dikenakan ke atas mereka yang terlibat.
‘Penghantar hamper’ simbah asid pada anggota polis
Buktinya dalam kejadian di Taman Mahkota Putra, Bandar Indera Mahkota, Kuantan, seorang anggota polis melecur selepas disimbah cecair dipercayai asid di depan rumahnya pada Isnin.
Lebih menyakitkan hati, individu yang melakukan perkara tersebut berpura-pura sebagai penghantar bungkusan, yang menghantar hamper kepada mangsa sebelum bertindak menyimbah cecair ke muka dan anggota badan mangsa, lapor FMT.
https://www.facebook.com/WargaKuantanAdmin/videos/132259268110928/
Suspek yang menunggang motosikal memanggil mangsa keluar untuk mengambil hamper sekitar 6.10 petang, sebelum bertindak menyimbah cecair ke arah mangsa yang hendak masuk semula ke dalam rumah.
“Kita percaya itu merupakan kali ke-2 suspek mencari mangsa, kerana dia dilihat menekan loceng rumah mangsa beberapa jam sebelum itu, namun mangsa dan keluarganya tiada di rumah ketika itu,”- Ketua Polis Daerah Kuantan Mohamad Noor Yusof Ali
Katanya, mangsa Sarjan Kamarul Zaharin Abdullah, 51, yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang mengalami lecur di dada, belakang tengkuk, lengan kiri dan sedikit di muka.
Bagaimanapun mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan kini dirawat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan.
Ish seramnya…
Baca : Jenayah: DSP Kulasingam Unsung Hero Tumpaskan Botak Chin, Hampir Terbunuh Disimbah Asid