“Ni apesal?” – [VIDEO] Lelaki Mengamuk Bikin Huru Hara Lepas Kena Saman Sebab No Plat Tak Ikut ‘Spec’

Tambah ke Sumber Pilihan
“Ni apesal?” – [VIDEO] Lelaki Mengamuk Bikin Huru Hara Lepas Kena Saman Sebab No Plat Tak Ikut ‘Spec’

Akibat mengeluarkan kata-kata kesat dan menganggu anggota polis trafik menjalankan tugas, seorang lelaki ditahan reman selama tiga hari. Menurut Harian Metro, lelaki berusia 36 tahun itu melakukan provokasi selepas disaman anggota polis tersebut kerana nombor plat tidak mengikut spesifikasi.

Rakaman tersebut tular di media sosial sejak beberapa hari lepas menunjukkan lelaki tersebut menganggu dan membuat kecoh di lokasi kejadian.Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata lelaki tersebut ditahan selepas datang ke Balai Polis Setia Indah untuk membuat laporan polis kejadian berkenaan.

No2Sumber: Facebook

Ketika kejadian, anggota polis tersebut sedang bertugas dalam Operasi Lampu Merah dan nombor pendaftaran tidak ikut spesifikasi yang dilaksanakan di Jalan Mutiara Emas Putih, Khamis lepas.

Ketika operasi dijalankan, anggota polis trafik menahan kereta Proton Wira kerana mendapati nombor pendaftaran tidak ikut spesifikasi selain melakukan ubahsuai pada ekzos. Polis trafik kemudian mengeluarkan dua saman atas kesalahan berkenaan.”

Pemilik kereta itu tidak berpuas hati kerana disaman lalu merakam video anggota polis trafik terbabit yang sedang menjalankan tugas.”

Ketika hendak beredar, pemilik kereta itu sempat mengeluarkan kata-kata kesat dengan nada yang kuat.”

No1Sumber: Facebook

Anggota polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS) itu juga dilaporkan turut membuat laporan polis.

Pihak polis turut melakukan semakan rekod jenayah lampau dan mendapati lelaki berkenaan mempunyai rekod jenayah membabitkan kes dadah. Saringan air kencing juga dilakukan terhadapnya dan keputusan adalah negatif.

Suspek ditahan reman selama tiga hari mulai semalam sehingga esok dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.”

Tonton video di bawah:

https://www.facebook.com/223545897823128/posts/1774806646030371/?d=n

Baca: “Tak rilek langsung pukul perempuan” – [VIDEO] Halang Kereta Orang Lain, Bila Kena Hon Lelaki 50 Tahun Ini Belasah Wanita

Ft Belasah

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Sue Idris
Lagi tulisan Sue
Psycho-thriller movie? OH YASSS!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Ni apesal?” – [VIDEO] Lelaki Mengamuk Bikin Huru Hara Lepas Kena Saman Sebab No Plat Tak Ikut ‘Spec’
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/ni-apesal-video-lelaki-mengamuk-bikin-huru-hara-kena-saman-sebab-no-plat-tak-ikut-spec/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM