in

“Tak rilek langsung pukul perempuan” – [VIDEO] Halang Kereta Orang Lain, Bila Kena Hon Lelaki 50 Tahun Ini Belasah Wanita

Ft Belasah

Sebuah rakaman video tular menunjukkan pergaduhan antara seorang lelaki dan wanita di kawasan tempat letak kereta sebuah kondominium.

Menurut Info Roadblock JPJ/Polis di Facebook, lelaki berusia 50-an itu dikatakan telah membelasah pemandu wanita berkenaan hanya kerana membunyikan hon untuk alihkan kenderaan. Difahamkan, lelaki tersebut telah meletakkan keretanya dalam posisi yang menghalang kenderaan penghuni lain masuk ke dalam lot parkir.

Pukul4

Kejadian itu berlaku di sebuah kondominium di Desa Petaling pada 16 Disember baru-baru ini jam 8.30 malam. Melalui video itu, lelaki berkenaan dilihat menumbuk muka dan kepala wanita terbabit yang dalam keadaan menunduk menahan sakit.

Dia kemudian cuba melarikan diri sambil memegang kepalanya namun lelaki itu mengikut dan memukulnya lagi beberapa kali. Disebabkan kejadian itu, wanita berkenaan mengalami kesakitan di bahagian kepada dan luka di dalam mulut.

Menurut FMT, wanita berusia 27 tahun itu telah datang ke balai polis untuk membuat laporan dan lelaki terbabit telah ditahan. Ketua Polis Daerah Cheras Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, kes dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dan suspek.

“Suspek yang ditahan pada hari yang sama didakwa di mahkamah pada 17 Dis bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.”

Pukul1

Pukul3

Lelaki itu yang dilaporkan mengaku bersalah dihadapkan ke mahkamah dan didenda sebanyak RM2,000.

Baca: [Video] Lelaki Buat U-Turn Mengejut ‘Play Victim’ Siap Belasah Pelajar Yang Terlanggar Motornya, Tapi Lepas Tu…

Ft Tibai

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter