in

Netizen Dakwa Aisar Khaled Buat Muka Rimas Dikerumuni Peminat Wanita Indonesia?

ft aisar khaled

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita sedia maklum, pempengaruh Aisar Khaled telah mendapat perhatian dan sambutan hangat di Indonesia. Tidak dinafikan ramai yang begitu teruja apabila melihat pempengaruh ini ke negara tersebut.

Dalam keterujaan melihat penerimaannya di negara jiran, timbul satu perkara yang menjadi tumpuan netizen apabila tular salah satu hantaran di TikTok memperlihatkan reaksi Aisar Khaled ketika dikerumuni peminat.


Artikel berkaitan : Netizen Dakwa Aisar Khaled Buat Muka Rimas Dikerumuni Peminat Wanita Indonesia?

Artikel berkaitan : “Salah satu cara turunkan ego kita” -Netizen Puji Aisar Khaled Cuci Tandas Masjid Di Indonesia

Dalam video yang berdurasi 40 saat itu, dilihat Aisar dikerumuni oleh orang ramai yang majoritinya wanita dan ada yang mencuit-cuit tangannya. Aisar yang duduk terdiam di situ cuba menepis sentuhan orang ramai.

Berdasarkan pemerhatian netizen, riak wajah Aisar dilihat tidak begitu selesa dan rimas dalam menghadapi situasi tersebut.

@eliyanna007

@AisarKhaledd @AisarSultanMalaysia #viraltiktok #aisarkhaledd #aisarsultanmalaysia #batamtiktok #fyppppppppppppppppppppppp

♬ suara asli – eliyanna💋 – eliyanna💋

Menjengah ke ruangan komen, ada yang menegur sikap mereka yang tak menjaga batas dan majoriti menyatakan bahawa reaksi muka Aisar itu seperti terang-terangan rasa tak selesa.

aisar aisar 2 aisar 3

Mungkin mereka teruja dan hargai Aisar, lagi-lagi kalau susah nak jumpa atau mungkin memang Aisar jenis mempunyai riak wajah macam tu di balik tabir.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.