in

Netizen ‘Bash’ Syarikat Pasang ‘Timer’ Dalam Tandas Pekerja, Anggap Langgar Privasi Pekerja

Feat Tandas Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Media sosial sememangnya satu platform yang tak asing lagi dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia.


Banyak kebaikan yang boleh diperoleh daripada media sosial ini seperti mendapatkan ilmu pengetahuan baru, memudahkan urusan komunikasi dan sebagainya.

Namun, platform digital ini juga banyak memberi kesan buruk lebih-lebih lagi berkaitan dengan isu-isu yang ditularkan tanpa pokok pangkal kesahihannya sehingga mengundang fitnah dan perbalahan.

 

Pasang timer dalam toilet pekerja

Samalah seperti yang berlaku di China baru-baru ini dimana sebuah syarikat di Beijing berjaya mencetuskan kemarahan netizen selepas tularnya sebuah video di media sosial yang memaparkan syarikat itu telah memasang timer di dalam tandas pekerjanya.

Dalam video iu jelas memaparkan beberapa buah timer digital telah digantung di atas setiap kubikel tandas.

Bukan itu sahaja, terdapat juga alat sensor kecil turut dipasang di pintu kubikel tandas untuk tujuan ‘mensetkan’ pemasa digital tersebut sekiranya tandas itu sedang digunakan.

Tandas 1

Tandas 2

 

Langgar privasi dan hak asasi pekerja

Pengguna media sosial di China telah mengecam tindakan syarikat itu yang dianggap mengawal masa dan segala tindak-tanduk pekerjanya yang menggunakan tandas untuk kepentingan dan mengaut keuntungan yang lebih untuk syarikat.

Ada juga sesetengah netizen yang menyatakan bahawa tindakan syarikat ini sebagai melanggar privasi dan hak asasi manusia.

Walau bagaimanapun, ada juga yang mempertahankan tindakan syarikat itu dengan mengatakan bahawa terdapat sesetengah pekerja yang sering mengambil kesempatan dan ‘curi tulang’ ketika menggunakan tandas dengan membazir masa bermain handphone.

 

Masalah bilangan tandas yang ‘serious’

Perbalahan antara netizen yang semakin hangat dan melarat itu menyebabkan syarikat berkenaan yang dikenali sebagai Kuaishou tampil memberikan penjelasan mengenai video yang tular itu.

Menurut Oddity Central, syarikat itu menjelaskan bahawa timer yang dipasang itu bukanlah bertujuan untuk melimitkan penggunaan tandas oleh pekerja, namun dipasang disebabkan syarikat itu mengalami masalah bilangan tandas yang ‘serious’.

Bangunan pejabat Kuishou itu dikatakan ‘menderita’ masalah bilangan tandas yang tidak mencukupi disebabkan susun atur pejabatnya terhad.

Oleh itu, mereka tidak boleh membina fasiliti baru menyebabkan timer itu dipasang sebagai langkah untuk merekodkan berapa ramai pekerja yang menggunakan tandas serta berapa pula masa yang digunakan mereka untuk menggunakan tandas.

Tandas 3

 

Nak pasang tandas ‘portable’

Tujuan perekodan itu dibuat adalah untuk menetapkan jumlah tandas ‘portable’ yang perlu dipasang untuk memastikan bilangannya mencukupi untuk kegunaan pekerja.

Walaupun penerangan itu masuk dek akal, namun masih ramai pengguna media sosial yang tidak yakin. Malah ada pula yang menyatakan syarikat itu hanya berminat untuk meningkatkan keuntungan syarikat walau apa jua caranya.

Untuk pengetahuan korang, isu penggunaan alat ‘pemantauan’ tandas pekerja ini bukanlah perkara yang asing di China.

Sebelum ini, terdapat juga kes yang dilaporkan dimana sebuah syarikat di Shanghai telah melimitkan penggunaan tandas oleh pekerjanya selama 10 minit sahaja untuk sehari!

Wah, ni kalau kena diarrhea ni, mahu kena pakai pampers. 

Baca: Lepas cuci, Pekerja Kebersihan Minum Pula Air ‘Toilet’ Tu, Bukti Dia Buat Kerja Dengan Baik 

Baca Tandas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.