in

Lepas cuci, Pekerja Kebersihan Minum Pula Air ‘Toilet’ Tu, Bukti Dia Buat Kerja Dengan Baik

Feat Toilet Final

Bila sudah masuk ke alam pekerjaan, sudah pasti setiap individu pasti mahukan pujian daripada majikan masing-masing.

Pujian yang diberikan daripada majikan dapat mencetuskan semangat kepada pekerja untuk melakukan tugas dengan lebih baik pada masa yang akan datang.

Namun, seorang pekerja pembersihan dari China ini mengambil langkah ‘extreme’ untuk menjadi ‘pekerja contoh’ dengan sanggup melakukan perkara yang tidak masuk akal semata-mata untuk mendapatkan pujian daripada majikannya.

Lapor Daily Mail, wanita yang dipercayai bekerja sebagai cleaner di sebuah syarikat di China telah dirakam meminum air dari sebuah tandas yang telah dicucinya!

Tujuannya adalah untuk membuktikan kesungguhannya dalam menjalankan tugasnya di syarikat tersebut.

Ni bukan bukti kesungguhan sis, ni pengotor namanya!

 

Siap dapat anugerah ‘Pekerja Contoh’

Menurut sumber, wanita tersebut telah menawarkan dirinya untuk meminum air toilet tersebut untuk membuktikan kepada majikannya bahawa dia telah menjalankan tugasnya dengan baik seperti yang tercatat dalam laporannya.

Apa yang lebih memeranjatkan, pihak syarikatnya bukan bertindak menghalang tindakan ‘luar alam’ wanita tersebut, malah siap menganugerahkan pula title ‘Pekerja Contoh’ kepadanya.

Majikan dan pihak syarikat tersebut turut memuji wanita tersebut atas semangat dan dedikasinya dalam menjalankan tugas.

Tak boleh nak ‘brain’ perilaku sebegini. 

 

Cedok air dari dalam tandas guna cawan

Video yang berdurasi selama 32 saat itu jelas menunjukkan wanita berkenaan yang memakai suit telah mencedok air dari dalam tandas dengan menggunakan cawan plastik kecil.

Untuk lihat video, klik link ini.

Dia kemudiannya dilihat meminum air yang dicedok tersebut dan menelannya di hadapan beberapa orang yang turut menonton.

Toilet 1

Toilet 2

Toilet 3

 

Sebagai galakan untuk terus gigih bekerja

Wanita berkenaan turut menjelaskan bahawa itu merupakan caranya untuk menggalakkan dirinya supaya terus bekerja dengan lebih gigih lagi pada masa akan datang.

Para penonton yang terdiri daripada majikannya turut dilihat memberikan tepukan kepada setiap patah perkataan yang diucapkan oleh wanita berkenaan.

Rakaman ini dilaporkan telah diambil di sebuah syarikat baja di Provinsi Shandong, Barat China.

Toilet Bos

 

Tegaskan air tandas mereka selamat diminum

Walaupun air paip tidak selamat untuk diminum di negara China, syarikat tersebut terus menegaskan bahawa air dari tandas syarikat mereka adalah selamat untuk diminum.

Mereka turut menyatakan bahawa pekerja wanita berkenaan telah bertindak sedemikian atas kerelaannya sendiri, bukan atas paksaan atau desakan majikan seperti yang dilapor netizen.

Bukan itu sahaja, wanita itu juga dikatakan telah meminum air tandas hampir dua tahun selepas berjaya menembusi halangan psikologi yang dihadapinya.

Syarikat tersebut dikatakan telah mendesak semua pekerjanya untuk belajar daripada wanita berkenaan yang dikenali sebagai Luo.

Dia adalah contoh untuk kita semua. Dengan melakukan tindakan tersebut, dia membuktikan bahawa dia telah berjaya melakukan kerjanya pada tahap yang terbaik.

Banyak lagi cara lain yang lebih ‘bertamadun’ untuk menjadi pekerja contoh.

Baca: “Tandas kotor boleh terbau dari jarak 2 marhalah” – Pensyarah Dedah Perangai Pengotor Orang China, Tak Pelik Bila Kena Virus Baca Toilet 

Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail