in

Hanya Kerana Muncul Satu Kes COVID 19, Australia Terus Lockdown Satu Perth Selama 5 Hari

Ausiee

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai di antara kita di Malaysia ini mungkin mengeluh, sudah berminggu-minggu kita dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun kes COVID 19 kian meningkat dan hampir mencecah angka 6,000 kes sehari.


Namun lain pula dengan negara Australia kerana baru-baru ini, Perth yang terletak di Australia Barat baru saja mencatatkan satu kes COVID 19, namun negara tersebut mengambil langkah pantas dengan ‘lockdown’ seluruh bandar itu selama 5 hari, lapor New York Times.

6231

Individu yang disahkan positif COVID 19 tersebut merupakan seorang pengawal keselamatan di sebuah hotel kuarantin.

Menurut laporan, negeri di Australia Barat ini sebenarnya dah 10 bulan bebas wabak berkenaan dan ini adalah kes pertama selepas tempoh tersebut. Wah… 

Seperti PKP di sini, dua juta rakyat di bandar berkenaan dan kawasan sekitarnya juga dilarang untuk keluar dari rumah selain daripada membeli barang keperluan harian di supermarket, bersenam ataupun mendapatkan rawatan kesihatan.

116742269 065449650 1
Rakyat australia mula panic buying

Kedai makan, gym dan bars juga akan ditutup dan mereka juga akan mewajibkan pemakaian mask di tempat awam. Dulu orang Aussie tak payah pakai mask dah sebab kes mereka rendah. 

Kebanyakan mereka yang di Barat Australia pasti akan merasa terkejut dengan perkara ini, tapi kita tak mungkin dapat lupa bagaimana cepat virus ini merebak dan keburukan yang ia mampu lakukan,” kata pemerintah Australia Barat, Mark McGowan.

Dalam pada itu, walaupun tindakan Australia dilihat agak ekstrem namun rata-rata netizen berpendapat ia adalah langkah terbaik untuk melindungi rakyat.

Malaysia agaknya sambung PKP ke tak ye? Admin pun tertanya-tanya… 

Baca: “Untuk meningkatkan kesedaran” – Penjelasan Sebenar Surat ‘Strict Lockdown’ Lepas PKP 2.0 Yang Tular Baru-baru Ini

Pkp

Sumber: BBC

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.