Kita masih belum menang, itu yang harus kita ingat. Walaupun kes wabak pandemik Covid-19 ini kian berkurangan di negara kita, namun kita harus tetap mengikut syarat SOP yang ditetapkan dan sentiasa berwaspada.
Pelbagai ‘trend’ dan ciptaan kreatif bagi menangani wabak ini antaranya topeng muka bercorak, hand sanitizer automatik dan pelbagai lagi.
Namun Kementerian Kesihatan Melaysia (KKM) telah mengumumkan bahawa penggunaan Disinfection Box adalah tidak disyorkan. Ala terowong yang korang kena lalu pastu bila dah keluar habis basah lencun.. haha
https://www.facebook.com/373560576236/posts/10157168728906237/?d=n
Menurut KKM, tiada bukti menunjukkan bahawa peralatan ini berjaya atau berkesan mengurangkan jangkitan COVID-19. 20-30 saat adalah tidak memadai untuk nyahkuman selain ia juga tidak membunuh kuman dalam badan manusia dan bahan kimia yang digunakan memudaratkan kepada selaput badan seperti mata dan mulut.
Berdasarkan penilaian dan penjelasan yang KKM telah buat, KKM tidak menyarankan penggunaan peralatan ini untuk langkah pencegahan jangkitan COVID-19 sebaliknya mengekalkan penjarakan sosial dan patuhi SOP yang ditetapkan oleh KKM.