in

“Nampak duit terus buta mata!” – Lari Tinggalkan 4 Anak Kebuluran di Rumah Sebab Nak Hidup Mewah Dengan BF

Kena Tinggal Mak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerana wang, seorang ibu di Indramayu, Jawa Barat jadi buta hati dan tergamak mengabaikan semua anaknya di rumah.

Menurut Tribun, wanita bernama Rodia itu memberitahu empat anaknya dia mahu keluar untuk membeli sabun di warung. Kejadian itu berlaku pada waktu tengah malam setahun yang lalu dan sehingga kini Rodia tidak pulang pulang.


Kena Tinggal2
sumber: tribun

Nasib malang empat beradik itu mula mendapat perhatian ramai selepas seorang jiran, Karmila kongsi kisah mereka di Facebook.

Ya walaupun saya bukan keluarganya, tapi sangat kasihan melihat mereka makanya saya foto di Facebook dan menjadi viral.”

Menurut Karmila, 36, empat saudara itu ditinggalkan kebuluran di rumah yang sangat usang dan tidak bersekolah. Nur Wenda, 23, Raju Winata, 1, Refi, 14, dan Pian kini tiada tempat bergantung memandangkan ibu mereka sudah lari dan bapa pula telah meninggal dunia 10 tahun lepas.

Akibat ditinggalkan sebegitu, Refi dan Pian mengalami malnutrisi dan masalah psikologi. Lebih kasihan, Refi lumpuh sejak lahir dan sehingga kini tidak boleh bercakap. Sejak ibunya lari, setiap hari dia hanya ketawa dan memanggil ‘ma’.

Refi Oku
sumber: tribun

Rodia didakwa meninggalkan keempat-empat anaknya sehingga kebuluran dan tidak pulang-pulang kerana mahu hidup dengan teman lelakinya.

Disebabkan itu, Nur Wenda bersama Raju Winata terpaksa membanting tulang untuk menyara adik-adiknya itu. Kebiasaannya empat beradik ini terpaksa tahan lapar sebab kekurangan wang untuk makan.

Selepas posting Facebook itu viral, beberapa pihak tampil menghulurkan bantuan serta mereka juga akan dirawat serta dihantar ke pusat kebajikan. Warga kampung juga turut melancarkan tabung derma untuk mengutip duit sebelum diserahkan kepada mereka.

Kena Tinggal5
sumber: tribun
Kena Tinggal3
sumber: tribun

Harap mak dia sempat bertaubat dan minta maaf dengan anak-anak dia…

Baca: Pergi ‘Berseronok’ Dengan BF, Tinggal 2 Anak Kebuluran 11 Hari Makan Taik Sendiri & Seorang Meninggal

Anak Kebuluran

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.