in

Nak ‘Uji’ Kamera Telefon, Lelaki Ini Ditangkap Lepas Rakam Bawah ‘Skirt’ Wanita

Cats 70

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang jurutera Singapura dilaporkan bersalah di atas beberapa pertuduhan selepas dia didakwa bersalah kerana merakam bawah skirt wanita.


Menurut sumber, lelaki tersebut, Abel Tan Yew Hong, 28, telah merakam bawah skirt 10 wanita yang berbeza dari tarikh 24 Julai sehingga 10 September 2019.

1 12

Dilaporkan, video tidak senonoh ini dirakam Tan di lokasi berbeza termasuk Bedok, Serangoon MRT, dan Suntec City. Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara 11 minggu kepada pelaku pada 16 April lalu.

Teknik yang digunakan Tan sama sahaja untuk setiap mangsa. Dia akan mengekori mangsa secara rapat di eskalator dan berdiri di belakang mereka. Kemudian, dia akan merakam menggunakan telefon Sony Xperia miliknya.

Dalam satu insiden pada 5 September 2019, Tan mengekori seorang gadis sehingga tiga eskalator untuk merakam video.

Bagaimanapun, dia berjaya ditangkap lima hari selepas itu semasa merakam mangsa baharu di stesen MRT Bedok.

2 9

Pada ketika itu, seorang lelaki ternampak perbuatannya pada pukul 7 malam, lalu menangkap dan membawanya ke pihak berwajib.

Semasa sesi rayuan sedang dijalankan, peguam pelaku, Marshall Lim meminta agar hukuman penjara 11 minggu tersebut dikurangkan kepada 10 minggu.

Dia juga mendakwa pelaku mempunyai minat terhadap video upskirt di internet selepas tertarik dengan perbezaan kualiti beberapa video.

Menurut sumber, teman wanita Tan memaafkan perbuatan terkutuknya dan sentiasa menyokong teman lelakinya itu meskipun dia telah didakwa bersalah kerana merakam video tidak senonoh.

Dilaporkan, mereka akan meneruskan hubungan cinta sehingga ke alam perkahwinan.

Sumber: The Straits Times

BACA: Lelaki Cuba Buka Seluar Depan Wanita, Tapi Bengang Bila Dirakam Sampai Baling Batu Ke Cermin Kereta Mangsa

Capture 53

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.