in

Lelaki Cuba Buka Seluar Depan Wanita, Tapi Bengang Bila Dirakam Sampai Baling Batu Ke Cermin Kereta Mangsa

Cats 24 E1633831216571

Baru-baru ini ada satu kes seorang wanita ini cuba diganggu secara seksual oleh sorang lelaki di kawasan parkir Kondominium You Vista di Persiaran Suntex, Cheras.

Wanita yang berusia 24 tahun ini yang tengah parking kereta di kawasan parkir kondominium itu tiba-tiba didatangi oleh seorang lelaki bermotosikal ke tingkap keretanya.

Lelaki itu dikatakan seakan mahu bertanya sesuatu dekat wanita itu tapi percakapan dia tak berapa nak jelas. Tak lama lepas itu, lelaki itu secara-tiba-tiba mahu membuka seluarnya di depan wanita itu. Memang terkejut gila la perempuan tu. 

1519917882 275526 1519917985 Portada Normal

Menyedari perbuatan itu, wanita tersebut cepat-cepat rakam perbuatan ‘tak senonoh’ lelaki itu menggunakan telefon bimbitnya. Tapi, lain pula yang terjadi lepas itu.

“Lelaki warga tempatan itu secara tiba-tiba naik marah lepas saya rekod dan mengambil satu batu yang berada di dalam bakul motosikalnya itu lalu baling ke arah tingkap kereta.”

166988188 4353164064716484 8302774236234284732 N

 

Bukan itu sahaja, lelaki tersebut juga cuba untuk rampas telefon bimbit wanita itu tapi tak berjaya sebab wanita itu menjerit minta tolong dekat orang yang lalu di kawasan berhampiran. Tak lama lepas itu, lelaki itu pun melarikan diri.

Kejadian tersebut menyebabkan wanita itu alami beberapa kecederaan ringan di bahagian tangan kanan dia sebab bergelut dengan suspek kejadian yang cuba nak ambil telefonnya itu.

168535553 4353164678049756 3050592890823928164 N

169137132 4353165028049721 6384136438465504632 N

Bahaya betul zaman sekarang ni kan. Dekat kawasan parkir kereta waktu siang-siang pun boleh jadi. Korang lepasni kena hati-hati la ye.

 

Sumber: Kosmo

Baca: “Takkan saya nak suruh Uqasha buka seluar depan orang”- Kena Troll Gambar Babak Bersalin Pakai Seluar, Ini Respon Michael Ang

Capture 24