in

Nak Tutup Sekolah Tahfiz?

Img 4259 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin memberikan cadangan supaya semua sekolah tahfiz dalam negara ditutup kerana mendakwa sekolah sebegitu tak memberikan masa depan kepada generasi baru umat Islam.

Menurut Sinar Harian, Zainuddin mempertahankan cadangannya dan menyatakan ia adalah satu bentuk provokasi untuk mendapat perhatian rakyat dan kerajaan. 


Zam
sumber: malaysian review

Zainuddin mendakwa ada banyak penyelewengan berlaku di sekolah tahfiz dan kejayaan melahirkan huffaz profesional adalah terpencil. Katanya ramai jugak pelajar yang jadi korban dan membuang masa kat sekolah tahfiz persendirian.

“Saya ingin menarik perhatian Menteri Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa sebab yang mendorong saya supaya ditutup dulu semua sekolah tahfiz persendirian di negara ini kerana menjadi perdagangan ustaz-ustaz,” kata Zainuddin.

Img 4259
gambar hiasan

Mendengar cadangan ini, Dr. Mujahid tampil memberikan balasan. Katanya saranan tu tidak mempunyai sebarang alasan yang kukuh. Lagipun tindakan tutup sekolah tahfiz tu tak akan menyelesaikan apa-apa masalah dan hanya menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai.

“Cadangan itu tak ada sesuatu yang konkrit. Saya anggap itu hanya satu kenyataan yang tidak ada apa-apa isu. Kenapa kita perlu tutup sekolah tahfiz? Itu soalan yang perlu saya tanya kepada beliau,” kata Dr. Mujahid.

Mujahid Yusof
sumber: yadim

“Sedangkan sekolah tahfiz ini menyumbang kepada kelahiran para hafiz yang kemudian mereka menjadi imam-imam di masjid. Jika benar ada kelemahan-kelemahan dari sudut kurikulum, mahad tahfiz itu sendiri atau keselamatan apa yang perlu kita buat ialah kawal selia supaya jadi lebih baik bukan dengan tutup.”

Buat masa ni Dr. Mujahid memaklumkan bahawa pihak mereka akan teliti balik cadangan Jawatankuasa Tindakan Khas Mengenai Sekolah Tahfiz supaya bila pelajar tahfiz habis belajar nanti mereka bukan sahaja boleh jadi imam, tapi juga boleh bekerja secara teknikal.

Tiba-tiba nak tutup sekolah tahfiz pulak. Apa pendapat korang?

Baca: “Dia punya anak, dia punya suka”

De

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.