“Dia punya anak, dia punya suka”

Tambah ke Sumber Pilihan
“Dia punya anak, dia punya suka”

Tak ada ‘life’ duduk asrama sebab tak ada hiburan. Sebab tu ramai pelajar yang curi-curi bawak handphone ke sekolah. Memang banggalah kalau tak kantoi tapi kalau kena tangkap, memang nayalah.

Lain pula ceritanya apabila viral baru-baru ini di Facebook seorang pelajar kantoi dengan ayahnya sendiri sebab curi-curi beli handphone di luar pengetahuannya. Pengakhiran cerita ini tidak indah sebab ayahnya bertindak memecahkan handphone tu sampai berderai.


Han1
Sumber: Facebook

Pada awalnya, si ayah cuba nego secara baik meminta handphone tersebut tetapi anaknya buat keras kepala. Dah kena rotan sampai lembek barulah anaknya mengalah dan serahkan handphone tersebut. Darah remaja yang tengah panas memang macam ni kannn…

Disebabkan itu, anaknya mula buat perangai tak semenggah dan memprotes tak mahu pulang ke asrama sekolah tahfiz walaupun cuti sekolah dah habis. Sikap dia tu buatkan ayahnya bertindak pecahkan handphone tu tanpa kompromi.

Han5
Sumber: Facebook

Rata-rata netizen memberi support terhadap tindakan ayah pelajar tu dan menganggap tindakan ‘keras’ tersebut boleh mengajar dia supaya lebih berdisiplin dan mendengar kata.

Han
Sumber: Facebook

Tetapi ada juga beberapa netizen yang condemn dan berkata ‘pengajaran’ yang diberi oleh si ayah tu agak keterlaluan. Ayah pelajar tersebut dengan cool membalas komen kritikan tersebut.

Han10
Sumber: Facebook

Seorang netizen bagaimanapun back-up ayah pelajar tersebut dengan menceritakan pengalamannya sebagai seorang guru yang pernah merampas handphone pelajar di sekolah. 

Han11 1
Sumber: Facebook

Beberapa netizen mengambil langkah untuk tidak masuk campur sebab lain keluarga, lain didikannya jadi “Dia punya anak, dia punya suka”. Selagi tak memudaratkan, siapa kita nak kritik cara hidup orang lain kan?

Handphone ni kalau digunakan dengan cara yang betul, banyak faedahnya. Fikir-fikirkan lah…

Baca: Baru 12 Tahun, Budak Curi Kad Kredit Ibu Dan Cuti Solo Ke Bali Lepas Bergaduh Dengan Keluarga

Hannn

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Irsarani Abdullah
Lagi tulisan Irsarani
Tak banyak dapat diketahui tentang penulis ini melainkan dia meminati EXO.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Dia punya anak, dia punya suka”
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/dia-punya-anak-dia-punya-suka/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM