in

“Rilex je pakai Garnier Men” – Viral Dhabitah Guna Pencuci Muka Lelaki, Rupanya Ramai Wanita Pakai Juga

Ft Dhabitah Pakai Pencuci Muka Lelaki Garnier Men

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya, nama atlet penerjun negara kita Nur Dhabitah Sabri masih menjadi sebutan ramai netizen di media sosial. Jika sebelum ini, pencapaian, gelagat dan wajah tak lekang senyuman itu menjadi bualan tapi kali ini berbeza sedikit daripada itu.



Semalam, viral pula foto menunjukkan Dhabitah memakai sut renang berwarna hijau sambil melambaikan tangan dan tersenyum lebar. Namun, sebenarnya apa yang menarik perhatian ramai adalah produk pencuci muka yang dipegang atlet muda itu di tangan kirinya.

Dhabitah Lambai Tangan Pegang Skincare

 

“Rileks je pakai Garnier Men”

Ramai netizen terkejut melihat gambar itu dan seolah-olah tidak percaya bahawa Dhabitah menggunakan produk pencuci muka khas untuk lelaki. Dia dilihat memegang air minuman, krim yang digunakan di tangan untuk tujuan sukan serta pencuci muka lelaki jenama Garnier.

Dhabitah Pakai Skincare Lelaki

Bagaimanapun, ada beberapa netizen berkata barangkali Dhabitah menggunakan produk itu kerana tujuan tertentu dan mereka mengaitkan aktiviti sukan yang membuatkan dia terdedah dengan air klorin. Seorang netizen berkata,

Tengok jelaa dia dah hari-hari ‘celup’ muka dengan air clorin 😭😭.. Pakai skincare women yang lembut lembut effect dia halahh cam apo je rasa.. thats why use men skincare I guess 😂😂.”

Komen Dhaby1

 

Rupanya ramai wanita lain pakai juga?

Selain ada netizen yang terkejut dan ada juga yang percaya Dhabitah guna pencuci muka lelaki atas tujuan tertentu, ternyata ramai juga wanita lain turut menggunakan produk yang sama. Melalui thread di Twitter itu, beberapa wanita sempat berkongsi pengalaman masing-masing menggunakan produk yang sama seperti Dhabitah.

Ada yang ‘cilok’ suami punya, ada yang pakai adik lelaki punya tapi rata-ratanya memberikan feedback yang sama iaitu pencuci jenama itu membuatkan muka tiada jerawat dan menjadi cerah. Jangan tak percaya, ada netizen tunjuk yang dia dah terus beli produk yang sama digunakan Dhabitah itu melalui Shopee!

Komen Dhaby2

Image From Ios

Beberapa netizen lain dilihat turut berseloroh dan mencadangkan agar Garnier menjadikan Dhabitah sebagai duta produk atau sponsor atlet tersebut sementara namanya kini sedang trending.

Siapa dekat sini pakai pencuci muka lelaki jugak?

Baca: “Semua dkt belakang ikut menari” – [VIDEO] Berjoget Bersama Atlet Lain, Gelagat Dhabitah Curi Tumpuan Kamera

Ft Dhabitah Joget Dengan Atlet Olimpik

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.