in

Nak Promote Tapi Guna Cara Kasar

Page 4 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Para peniaga makin lama makin kreatif nak mempromosikan perniagaan mereka. Mana taknya sekarang ni ada banyak persaingan dan pastinya sesuatu perlu dilakukan untuk menjadi lebih dikenali dari yang lain.


So, baru-baru ni seorang individu telah promote perkhidmatan menyunting video perkahwinan kliennya di Twitter. Dalam tweet tu, dia minta orang ramai supaya retweet untuk bantu melariskan lagi perniagaan dia.

4 12
sumber: twitter

Walaupun mendapat perhatian ramai, tapi kebanyakannya mengkritik individu tersebut sebab gunakan cara yang agak kasar untuk promote perkhidmatan dia tu. Ada yang kata, cara untuk promote sepatutnya perlulah dilakukan secara jujur dan profesional, bukannya dengan cara yang kasar macam tu.

Cats 9
sumber: twitter

Selain tu, ada jugak yang menegur cara marketing tu dan berharap supaya lelaki tersebut perbaiki cara dia agar lebih sopan dan berhemah. Namun, respon yang diberikan individu itu juga tidak berapa disenangi ramai. Orang tegur, dia melantun balik pulak!

Hy 2
sumber: twitter

Apa yang pasti perkara macam ni nampaknya tidak berapa menjadi kerana hanya mendapat kecaman dan mengundang kemarahan orang ramai. Walaupun jika dengan cara ini pun boleh melariskan perniagaan, tapi ada banyak lagi cara yang lebih baik untuk digunakan. Barulah orang respect!

Baca: Instafemes Buat Hal Lagi! Kali Ni Promote Minyak Dagu di Media Sosial

Ggg 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.