in

Instafemes Buat Hal Lagi! Kali Ni Promote Minyak Dagu di Media Sosial

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang ingat lagi tak instafemes yang teruk kena kecam kat rancangan Motif Viral sebab perangai dia masuk air tak tentu pasal tu? Haa kita orang ingatkan dah senyap dah isu pasal instafemes ni, tup-tup keluar pulak cerita baru oi!


Sumber: Instagram

Baru-baru ni kecoh pulak bila instafemes yang jadi sebutan ramai ni dengan beraninya pegi promote minyak pengasih kat account Instagram dia. Kata si instafemes, minyak ni bagus, boleh naikkan seri wajah and ada macam-macam kegunaan lagi. Aiyok!

Sumber: Twitter

Biasalah bila ada orang buat benda salah, makcik dan pakcik bawang pun dengan pantasnya viralkan isu ni ke laman Twitter. Maka ramailah rakyat Twitter hentam instafemes tu secara berjemaah. Aduhai napelah tak fikir dulu sebelum nak promote sesuatu? 

Sumber: Blog

But tak semua yang kecam dia sebab ada certain peniaga sebelum ni pernah gunakan khidmat instafemes tu. So dorang pun apa lagi, back up lah awek instafemes ni dan menegakkan benang yang memang dah basah. Benda salah lagi nak dikatakan betul. Acaner tu?

Sumber: Twitter

Majalah terkenal isu mistik macam Mastika pun sempat komen pasal isu ni. Ada jugak certain netizen kecam si instafemes ni yang katanya terlalu terdesak nakkan duit sampai sanggup promote benda yang syirik.

Sumber: Blog
Sumber: Twitter

Apa-apapun sebaik terima kecaman bertubi-tubi, gambar tersebut dah pun dipadam and instafemes ni katanya dah refund duit client yang mintak dia promote minyak dagu tu. Haih macam-macam!

Kalau nak buat promosi pun agak-agaklah kan. Tengok dulu product dan apa kebaikan kepada followers. Jangan nanti kita tanggung dosa sebab promote benda yang syirik. Ingat tu! 

Baca: “Sapa percaya produk dia memang bod**, dah sah korang kena tipu…” – Instafemes Tipu Orang Ramai? 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.