in

“Nak pegi mana tu?” – Dihulur Roti Untuk Makanan, Gelagat Gajah Atas Lori Buat Netizen Terhibur

1Gajah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kita berkurung dalam rumah ni, jarang kita dapat tengok dunia luar. Apatah lagi tengok keindahan flora dan fauna. Paling tidak pun kita tengok dekat televisyen je.



Untuk korang yang selalu pegi zoo dah lama tak tengok haiwan, min ada satu video nak share dengan korang. Video seekor gajah atas lori yang main-main dengan pekerja stesen minyak confirm buat hari minggu korang lebih ceria. Korang boleh tengok video @shellkarakbentong kat bawah ni.

@shellkarakbentong

terima kasih kakjah singgah dekat kami selalu 😘 #gajah #budakgemok #fypppppppppppppppppppppp #shel #binatangpeliharaan #binatang #pakcikshell #shell

♬ bunyi asal – muhamadzulfatah – muhamadzulfatah

Nak pegi mana tu?

Seronok betul gajah tu dapat layanan macam tu dari pekerja stesen minyak kan. Min pun tak pasti gajah tu nak pegi mana. Rasanya mesti nak dipindahkan ke tempat yang lebih selamat. Baik betul gajah tu duduk atas lori. Tenang je.

Screenshot 2021 08 29 At 11.26.43 AmHarap sentiasa sihat dan selamat sampai ke destinasi yang dituju. Seronok betul kan dapat makanan free macam tu. 

Screenshot 2021 08 29 At 11.27.03 AmTakpe nanti bila dah boleh pegi zoo, bagi lah gajah makan puas-puas. Kalau nak naik gajah tu kena pegi tempat yang boleh naik gajah lah. Dekat zoo tak boleh naik atas gajah tau. 

Screenshot 2021 08 29 At 11.27.23 AmKannn… dia baik je. Itu yang menambahkan lagi comel dia. Kalau kita jumpa dalam hutan, hilang dah comel dia. Takut je yang ada. 

Screenshot 2021 08 29 At 11.28.10 AmBawak gajah ke mana tu? Mesti seronok kan dia naik lori kena angin. Layan je, silap-silap boleh tertidur kena angin. 

 

Baca: “Bagi dia lepas dulu” – Netizen Kongsi Pengalaman Berdepan Gajah Di Gerik Perak

Screenshot 2021 08 29 At 11.31.41 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.