“Anak syurga” – Netizen Sebak Tengok Anak Sindrom Down Ni Kebumi Ayahnya

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Setiap yang hidup, pasti merasai mati. Begitulah pengakhiran setiap manusia didunia ini. Dan kita juga pasti berdoa semoga dikurniakan anak yang soleh dan solehah untuk bekalan disana nanti.

Begitu lah cerita menyentuh perasaan yang dikongsi oleh @athirahhairudin di Twitter miliknya. Apa yang sangat menyentuh perasaan adalah salah seorang adik-beradiknya yang Sindrom Down turut sama membantu kebumi ayahnya.

 

“Bye ayah”

Itulah lafaz terakhir yang disampaikan oleh anak syurga ini sewaktu menutup liang lahad arwah ayahnya. Mungkin dia tak faham apa yang sedang berlaku, mungkin juga dia faham. Tapi kata spontannya itu memang buat netizen terkesan. Sebak weh, dengar macam tu.

Betul, syurga untuk mereka. Tidak diminta untuk lahir kedunia, tidak terduga akan kurang upaya sebegitu. Tapi yang eloknya, dia free masuk syurga. 

Kalau ada kesempatan, jagalah orang yang kelainan upaya ni. Bukankah membantu orang dalam kesusahan tu juga suatu sedekah jariah. Pahala sedekah dapat, pahala tolong orang pun dapat. 

Orang-orang yang dilahirkan macam ni, dia akan ingat sapa yang pernah berbakti dekat dia, dan dia juga ingat sapa yang pernah buat dia sakit hati. So, kita bantu lah selagi mampu. 

Allahu, baiknya hati dia. Senyum lepas tu cepat-cepat pergi. Comel pun ada. Semoga di tempatkan disyurga kelak. Amiin. 

Tidak dilupakan juga buat sang ayahnya. Semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Takziah dari kami buat keluarga arwah.

 

Baca: “Ko pikir aku bawak anak biawak ka?” -Ibu Mengamuk Staff Kedai Terkenal Larang Bawa Anak OKU Masuk

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.