in

“Nak Melayu je bantu!” – Lelaki Cina Kena Halau Dengan 2 Orang Awam Rasis Waktu Nak Tolong Mangsa Accident

Niat mahu membantu mangsa kemalangan tapi sebaliknya dihalau hanya kerana dia ‘budak Cina’. Itulah yang dilalui Wayne Ooi dan pengalaman itu dikongsinya sendiri di Facebook pada 13 November baru-baru ini.

Katanya pada 12 November dia yang juga seorang Responder Komuniti di sekitar Alor Setar tiba di tempat kejadian kemalangan untuk menghulurkan bantuan.

Sumber: Facebook

Namun dia kecewa kerana dua orang awam yang berada di situ tidak membenarkannya untuk tolong mangsa kemalangan yang cedera teruk.

Woi, you budak Cina ke? Kamu datang sini buat apa? Sini tak perlu tolong (bantuan) kamu. Baliklah. Saya mahu Melayu saja yang bantu.”

Saya sudah call ambulans. Kita tunggu pihak ambulans, Tak payah tunjuk hebat dekat sini. You orang Cina niat semua tak baik. Taknak Balik nanti saya belasah you baru tau.”

Sumber: Facebook

Beberapa orang yang berada di tempat kejadian itu kemudian menegur dua orang awam tersebut supaya beri peluang kepada Wayne untuk beri bantuan kepada mangsa.

Wayne turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menasihati dua orang awam tersebut. Menurutnya juga insiden ini tidak akan menjatuhkan semangatnya untuk terus menghulurkan bantuan.

Sumber: Facebook

Ramai netizen yang bengang dan berasa kecewa dengan sikap buruk dua orang awam tersebut yang rasis terhadap Wayne.

Mereka juga turut memuji Wayne kerana menghulurkan bantuan tidak kira bangsa atau agama dan berharap ramai orang terinspirasi dengannya.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Baca: “Steady lah Tuanku” – Sekali Lagi! YDPA Mencemar Duli Bantu Mangsa Kemalangan Kat Highway