in

“Steady lah Tuanku” – Sekali Lagi! YDPA Mencemar Duli Bantu Mangsa Kemalangan Kat Highway

4Agong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang semua sedia maklum, Yang di Pertuan Agong kita sekarang, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia, Tuanku Abdullah serta seluruh kaum kerabat baginda memang berjiwa rakyat. Dari Raja Permaisuri Agong yang aktif di Twitter hinggalah YDPA sendiri.


Untuk kesekian kalinya, YDPA mencemar duli membantu rakyat yang dalam kemalangan jalan raya baru-baru ini. Menerusi akaun Twitter @bernamadotcom, video berdurasi 1 minit dikongsi untuk tatapan semua netizen ketika YDPA mencemar duli. Korang boleh tengok video tu kat bawah ni

 

Steady lah Tuanku!

Kalau kita tengok dalam video tu, kita boleh nampak yang YDPA kita ni dengan slumbernya melangkah pembahagi jalan tu. Tapi betul gak, mesti lah kena langkah, takkan bodyguard tu nak rongkah divider tu pulak kan. 

Screen Shot 2019 11 10 At 2.37.56 PmMacam admin cakap tadi, keluarga baginda memang semua berjiwa rakyat. Kalau ni yang diajar dan dijadikan teladan dari kecil, mestilah baginda tahu dan akan buat benda yang sama. 

Screen Shot 2019 11 10 At 2.39.31 PmYang in betul, YDPA memang selalu sangat ada dekat scene kemalangan. Kita rakyat biasa ni memang jaranglah nampak kan, kalau nampak pun bukannya kita nak berhenti. Tapi YDPA kita ni memang steady, siap berhenti dan tolong mangsa lagi.

Screen Shot 2019 11 10 At 2.39.07 PmRaja berjiwa rakyat. Memang semua rakyat sayang akan baginda sekeluarga. Menjunjung kasih tuanku.

 

Baca: “Ini agong kita”- YDPA Mencemar Duli Bantu Mangsa Kemalangan Di Hari Kebangsaan

Screen Shot 2019 11 10 At 3.04.01 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.