Nak Jadi Pengawas Kena Bagi Cikgu Cium Bibir

Tambah ke Sumber Pilihan
Nak Jadi Pengawas Kena Bagi Cikgu Cium Bibir

Guru perlulah menunjukkan contoh yang baik kepada para pelajarnya. Tapi malang sekali bila ada segelintir guru yang merosakkan nama baik seorang pendidik dengan menjadikan pelajar dorang sebagai tempat nak puaskan nafsu.

Menurut Astro Awani, seorang guru lelaki Bahasa Inggeris kini dalam buruan polis kerana disyaki mencabul seorang pelajar lelaki tingkatan tiga di Daerah Kulai. Ya Tuhan!


Menjelikkan, perbuatan guru berkenaan telah dilakukan sebanyak dua kali ke atas mangsa dengan alasan perbuatan ke atas pelajar tersebut akan melayakkannya untuk menjadi pengawas sekolah.

2 6
Gambar hiasan

Difahamkan pada 11 April yang lalu mangsa telah diarahkan guru berkenaan untuk menanggalkan pakaian dan bertindak mencium bibir mangsa di sebuah bilik dekat sekolah berkenaan.

Tak cukup dengan itu, guru tersebut mengulangi perbuatan kejinya sekali lagi 11 hari kemudian di lokasi yang berbeza iaitu di sebuah bilik di rumah guru berkenaan.

Walau bagaimanapun, mangsa tidak memberitahu kepada sesiapa mengenai perbuatan tak senonoh gurunya tu sebab tidak berani mendedahkan hal berkenaan.

Namun begitu, semasa guru tersebut mengambil cuti tanpa gaji selama sebulan, mangsa telah memberanikan diri untuk memaklumkan perbuatan guru Bahasa Inggerisnya itu kepada pihak sekolah iaitu pada hari Khamis yang lalu.

3 7
Gambar hiasan

Setelah perbincangan dilakukan, pihak sekolah menasihatkan mangsa supaya membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan dan Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Dzulkhairi Mukhtar mengesahkan menerima laporan kes tersebut. Katanya lagi,

“Mangsa dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.”

Harap cepat-cepat dia kena tangkap!

Nota: Gambar yang digunakan hanyalah sekadar hiasan.

Baca: Pelajar Tahfiz Dipaksa Buat Seks Dengan ‘Ustaz’ Atas Alasan Boleh Bantu Pembelajaran

17 1

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Amalina Zainal
Lagi tulisan Amalina
Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Nak Jadi Pengawas Kena Bagi Cikgu Cium Bibir
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/nak-jadi-pengawas-kena-bagi-cikgu-cium-bibir/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM