in

Pelajar Tahfiz Dipaksa Buat Seks Dengan ‘Ustaz’ Atas Alasan Boleh Bantu Pembelajaran

17 1
Kuala Lumpur, 8/4/2012. Tahfiz student looking back during on Programe Swadaya Mahabbah Tahfiz 1 Malaysia at Wilayah Persekutuan Mosque Kuala Lumpur.(reporter Asrul).Pics Shahir Omar

Ibu bapa gemar hantar anak-anak ke sekolah tahfiz sebab reputasi baik sekolah macam ni dan jarang kita dengar perkara tak elok berlaku di sini. Tapi sejak akhir-akhir ni banyak pula kisah-kisah di sekolah tahfiz yang tak sedap didengar.

Menurut NST, sekumpulan pelajar tahfiz dipaksa memberikan seks oral, mencium dan meraba ‘ustaz’ mereka kerana kononnya perkara tersebut boleh membantu pembelajaran mereka. Hah?!

Lelaki bergelar ustaz berasal daripada Bangladesh tersebut dikatakan menggunakan modus operandi yang sama ke atas setiap mangsa sebelum mendera mereka secara seksual. Kegiatan terkutuk tu dilakukan di sebuah madrasah yang terletak di Taman Desa Anggerik, Serendah, Hulu Selangor.

17
gambar hiasan

Perkara tu akhirnya terbongkar apabila seorang pelajar berusia 15 tahun dah tak tahan sangat dengan benda ni dan memutuskan nak cakap dekat bapa dia. Sumber memaklumkan yang pelajar tersebut dah diliwat oleh ‘ustaz’ tu sejak bulan Jun tahun lepas.

“Ustaz tu akan masuk dalam bilik dan suruh pelajar lelaki urut kaki dia sambil beritahu yang kalau students urut dia, mereka akan diberkati dan ini boleh membantu pembelajaran mereka,” kata sumber.

“Lepas mangsa urut kaki dia, mereka akan disuruh kunci pintu bilik sebelum baring. Kemudian ustaz tu pula akan urut pelajar tu.”

Liwat
sumber: nst

Sumber juga ada beritahu yang mangsa akan disuruh baring di sebelah ‘ustaz’ tu untuk buat perkara tak senonoh sebelum mereka diliwat.

“Dah tak tahan dengan penderaan seksual tu, mangsa akhirnya maklumkan bapa dia sebelum buat laporan polis di Balai Polis Serendah.” 

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Lim Bak Phai memberitahu bahawa suspek yang berusia 30 tahun akhirnya ditahan pada hari yang sama mangsa dan bapanya membuat laporan polis. Suspek kini ditahan reman selama lapan hari untuk membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 337C Kanun Keseksaan.

Pengajar sepatutnya bimbing pelajar, bukan ajar mereka benda yang tak elok. Apa pendapat korang?

Baca: 21 Pelajar Tahfiz Kuantan Dipaksa Hisap Kemaluan dan Diliwat Pemberi Sumbangan Maahad

Ijgnkar