in

“Nak derma ke nak show off?” – Individu ‘Cancel’ Nak Bagi Barang Runcit Dekat Rumah Perlindungan Sebab Tak Nak Ambil Gambar

Collage 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biasanya bila “orang tengah” sampaikan derma melalui sumbangan orang ramai atau orang lain, dorang akan ambil gambar untuk tunjuk yang perkara tersebut telah pun dilaksanakan.


Tapi, tak semua orang yang menerima derma selesa bila gambar mereka diambil. Lebih-lebih lagi kalau dorang ada alasan yang kukuh untuk tak nak bergambar.

Baru-baru ni, seorang individu telah kongsikan di Facebook mengatakan sekumpulan individu mahu memberikan barangan runcit ke rumah perlindungan pesakit HIV sebelum PKP dilaksanakan.

Ekoran itu, kumpulan ini telah mendesak agar sesi bergambar dibuat bagi menunjukkan orang-orang di pusat perlindungan itu telah menerima bantuan yang mereka berikan.

Kami ada barangan runcit nak bagi hari ini sebelum PKP, boleh tak sediakan meja untuk kami susun dan bergambar.”

Memandangkan stigma masyarakat terhadap pesakit HIV masih lagi kuat, pusat perlindungan ini telah menolak serta menerangkan yang mereka perlu menjaga identiti orang yang menghidap HIV dan berharap agar penderma itu memahami.

Ettepptuwae7Iom 1

Namun jawapan balas yang diterima lain pulak…

Lepas 1pm, kalau kami tak dibenarkan ambil gambar, kami tak boleh tolong pusat awak. Ia prosedur kami untuk hantar apa yang kami buat. Tolong sahkan atau kita batal.”

Kerana jawapan yang diterima, pusat perlindungan tersebut terpaksa menolak sumbangan yang ingin diberikan.

Tolong batalkan. Kami tak boleh nak tolong awak ambil gambar orang yang hidup dengan HIV atau beritahu di mana kami ditempatkan.”

Wob 006 1 Down

Ada orang selesa bergambar, ada yang tak selesa. Kalau dah tak nak ambil gambar tu tak apa lah, bukan tak ada cara lain nak buktikan. Hmm

 

Baca: Bekas Tapau Makanan Terlalu Banyak? Sekarang Korang Boleh Derma Bekas Plastik Makanan di Shell Damansara Jaya

Screenshot 2021 01 11 At 2.47.16 Pm

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.